Followers

Saturday 30 July 2011

Kesiannya

Assalamualakum semua..

Rajin pulak update pepagi ni.Ni semua lepas tengok nasi lemak kopi o.. Kesian sangat dengan kes yang terlanggar anak dia dekat Kelantan tu.Malam tadi dah tengok berita..Tatau pulak yang kedua ibu bapa baby tu sebelum ni tunggu 15tahun nak dapat anak.kiranya TTC la kan..Ya Allah kesiannya..

copy from utusan

Anak tunggal maut digilis kereta bapa sendiri

KOTA BHARU 29 Julai - Bulan Ramadan bakal menjelma minggu depan dan kesempatan itu digunakan sepasang suami isteri dan anak tunggal mereka untuk membeli persiapan menyambut bulan puasa dan baju raya.

Namun, apa yang dirancang, lain pula jadinya. Ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandu Che Pauzi Mamat, 44, mengundur untuk keluar dari rumahnya di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok di sini, dia secara tidak sengaja terlanggar dan tergilis anak perempuannya itu yang baru berusia setahun 10 bulan sehingga mati.

Nuramni Atirah, meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat sejurus digilis kereta yang diundur bapanya itu kira-kira pukul 8.30 pagi ini.
Che Pauzi ketika ditemui berkata, dia sama sekali tidak menyangka telah melanggar anaknya kerana ketika turun dari rumah, Nuramni Atirah berada bersama ibunya, Noraini Othman, 38.

"Sebelum itu, saya panaskan enjin kereta selama 15 minit dan saya ingat anak saya bersama isteri. Saya kemudian mengundurkan kereta. Tiba-tiba saya dengar orang yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu anak saya ada di bawah.

"Saya keluar dari kenderaan, sudah tidak boleh buat apa-apa bila melihat Nuramni Atirah dalam keadaan terduduk di tayar depan sebelah kiri.
"Saya terus bawa dia pergi ke klinik, ketika itu dia masih bernafas tetapi sampai di klinik dia sudah tiada," katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hospital tersebut hari ini.

Che Pauzi, pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini berkata, kehilangan Nuramni Atirah amat dirasainya kerana dia terpaksa menunggu selama 15 tahun untuk mendapatkan zuriat sendiri selepas dua kali berkahwin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.


p/s: hrtu pun yang kes baby mati tersedak susu anak tunggal juga and both of her parents i think also is ttc sbb umur dah 40-an mcmtu..innalillah hi waiinnalilllahirojiunn

Wednesday 27 July 2011

Legaaa

Lega..alhamdulillah haritu gugur 22hb jun.Harini 27hb julai makcik p dah datang.Doc kata haritu kena tunggu at least 3bulan nak kena rancang balik untuk bagi rahim kuat.Tapi saya ni dah tergedik2 sgt dah ni.Nak minum buah hawa dan serbuk kurma yang baru dapat tu..hurm..Nak tunggu ke x?pantang still berjalan juga ni sikit2..Cycle lepas gugur ni datang sama je macam sebelum2 ni..Tapi yang pasti xdapat nak sambut 1st ramadhan dan sembahyang rayala..huhu..okla bublies..wassalam..

Tuesday 26 July 2011

Masuk hotel boleh pregnant? Janganlah ketawa kalau orang xdpt anak lagi..

Salam semua...kabare?

Baru ni saya ke MATTA FAIR .. Sajala nak mencuci mata ..kotla ada tempat yang menarik nak pergi kan. Plan honeymoon setiap kali anniversary jela..hehe..1st year dah pergi langkawi.2nd pergi Vietnam.Manalah tau yang ke-3 ni dapat pergi oversea pulak ke..hehe

Pasal post ni bukan apa..cuma nak cerita pasal scene2 yang menyakitkan hati masa tu.. adalah satu agent tu duk promosi sakan pok pek2 dengan kami ..hubby saya duk melayan dia promote 2 jam .sebab dia janji nak bg vaucher free .sakit pinggang kot dan boring.Mula rasa reasonable membership dia tu..lepas takdak dahla..Saya reject awal2.sebab apa tau..Manager dia mai masa anak buah dia tengah promote. Kira macam nak memperkukuhkan lagi la benefits membership dia..Lepas tu dalam selitan tu dia kata apa tau..macam ni dialog dia..


Scene 1

salam menyalam...biasalah nak berkenalan dengan pelanggan..
Manager:Panasnye tangan? ( masa ni dia salam saya)
Saya: Makan nasik lemak kot..hahaha( silapla...hang kata tangan aku panas..haha)

Tengah duk pok pek pok pek...

Manager: kawin dah berapa lama?
Saya : 2tahun nak masuk 3tahun dahh...
Manager: OO..kena cepat2 ni...kena selalu masuk hotel...tengok saya selalu masuk hotel 2kali setahun..
Saya: senyum..........( realitinya aku senyum je..tp...dalam hati  ada aku kesah? boleh blaaa...hahaha)

Punya nak promote..duk pok pek2...mula kata kat saya xpaksa tau..saya jawab ..ye saya tau jawapannya ye atau tidak..last2 duk main tarik tali.....last2 dia bg vaucher free.Tataula boleh guna ke x..hhehehe

2nd scene..ni dekat fb dengan seseorang yang sudah ada baby tp pernah gugur..

Saya: pok pek2.. D N C camana ek?

Dia: bla bla..ada kawan buat IUI tp xlekat sedih dia..hehe

Aik..hang gelak?

Saya: mestilah sedih ( panassss..tata..malas cakap pasal benda ni dengan hang dah..hehe)


MORAL OF THE STORY: ADAKAH TTC'IANS SENSITIF?WASSALAM...

Thursday 21 July 2011

Hari ini yg kuingati

Salam bubblies...


Saya baru je balik bercutian dengan encik suami. Melawat tasik dayang bunting dan meminum airnya.Agak payau..Ada kawan yang bini dia minum air tu lepas tu terus rezeki lekat..Tapi kemudian gugur.kesian kan?Takpala kot ada rezeki mana kita tahu kan?



Esok yang kuingati adalah besday my hubby yang ke 28tahun..Selamat hari jadi dan semoga akan menjadi ayah yang sejati kelak dan ALLAH merahmati kita ke akhir hayat...:)p/s: birthday saya 10 hari lg.hehe

Dan genap sebulan baby itu pergi..tetiba sedih sob sob..dan harini saya dapat buah kurma yang dipesan...juga serbuk kurma jantan itu. tapikan saya tengah risau ni sebab dah sebulan gugur makcik P xdatang lagi ni.Lepas tu ada sakit dekat ari2..risau juga.Start sakit tu lepas bersama.hurmm.tunggu jela

Thursday 14 July 2011

Gembira dan Sedih

Salam bubblies....


Lama betul tak update ye..ada yang rindu x?
Bz sikit la katakan xsempat nak update langsung.Cuma blog hopping dekat blog kawan2 ttc pun sat baca sat tutup xsempat nak komen langsung.

GEMBIRA
Apa yang gembira? gembira untuk 4org sahabat yang baru melahirkan.2 daripada mereka lepas 2tahun lebih nak masuk 3tahun kawin melahirkan,sorang lepas 4tahun. sorang lg lekat teruih..hehe

kawan 1: Yang sorg tu haritu anak dia meninggal lepas 8bulan pregnant. Baby dia mati lemas dalam perut.Kemudian lekat (mengandung) lagi, barulah akhirnya selamat melahirkan.

kawan 2: Yang sorang lagi, anak pertama dia dan 1st pregnancy .Dia jumpa gynea makan clomid lepas 2tahun lebih lekat alhamdulillah. Jadi haritu masa dia belum pregnant selalu la sembang dengan dia. Dia paham perasaan kita. Ya ALLAH nama anak dia pun panjang IRIS something ..xingat dah. I am happy for you dear.

kawan 3:Yang sorang lagi kawan, anak dia xcukup bulan.1.35kg. Isk kesian sangat2..Tapi kawin terus lekatla..:)Tapi bila teringat member yang ni, duk teringat la masa saya preggy 1bulan haritu terjumpa dia dekat JUSCO dia pesan jaga kandungan elok2..huhuuh..abaikan..

kawan 4: office mate..dulu pernah keguguran.lepas 4tahun lekat dah.alhamdulillah..

dan 2 orang daripada mereka saya mintak dia bacakan doa untuk saya cepat2 pregnant semula.pernah dgar petua ni? kawan saya pesan cuba lah pesan pada ibu yang bakal melahirkan mendoakan tatkala mereka sakit nak bersalin ( kalau berkeupayaan la).So sekarang saya aim je sesapa kwan..hehe..cubalah mana tahu menjadi.berusaha kan?


SEDIH
Hubby kena batu karang plak doh..duk sakit aja.kesian sesangat..

the end

Friday 8 July 2011

Sapa tau nak beli kat mana buah hawa/zuriat/adam?

salam..

sapa tau nak beli kat sapa dengan harga murah berpatutan? cr kat internet dia jual rm100/3biji..other than that xjumpa sapa dah..please2 nak cari balik buah tu.Sbb lepas ni nak rancang semula..thanks semua..

Monday 4 July 2011

Sejak dua menjak

Sejak dua menjak ni malas benor nak hupdate blog lagi satu..best sangat layan blog TTC ni..terutama ramai kawan2 seangkatan yang sesudi melayan bebelan dan luahan kita.terima kasih rakan2 semua...:)

Friday 1 July 2011

Penawar ayat al-quran gangguan makhluk halus

Assalam semua rakan2 TTC ..

Tadi kebetulan saya menonton Nasik lemak Kopi O dekat tv9.. Yela dalam duk cuti pantang ni tu jela kerjanya makan tido tengok tv..nak2 lagi kat kampung.Syok tapi boring jugak.huhu rindu kat hubby..Oklah just nak share info pasal amalam perubatan syifa al-hidayah yang Ashraf Muslim pelakon tu jadi ahlinya. Kan ke perubatan tu berasakan ayat al-Quran. Pastu dia ada ceritakan pasal yang pasangan susah nak conceived ni ada juga kaitan dengan gangguan makhluk halus.So dia ada bg petua amalkan membaca Surah Maryam dan Surah An-Nahl..Lepas tu dia ada ceritakan pengalaman pesakit dia yang detect terkena gangguan makhluk halus tu yanng susah nak ngandung. Jadi kalau ada nak kontek mereka boleh layari website ni ye. http://www.syifa-alhidayah.com/index_live.asp

wallahualam..kita hanya merancang ALLAH menentukan..