Followers

Saturday, 25 June 2011

Syafaat baby yang gugur..

Dari Muadz bin Jabal, Rasulullah bersabda,
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya bayi yang gugur
benar-benar akan menarik ibunya dengan tali pusarnya
ke surga bila ibunya rela dengan itu
(ibunya bersabar dengan kehilangan anaknya).”
Ibnu Majah, Kitab Janaiz, 1632

bg yg meninggal mase kecil (belum baligh),
Aisyah berkata, “Rasulullah diundang untuk melayat jenazah seorang anak kecil dari kalangan Anshar. Aku (Aisyah) berkata, ‘Wahai Rasulullah, alangkah beruntungnya anak ini. Ia salah satu burung diantara burung-burung di surga. Ia tidak pernah berbuat keburukan dan belum pernah menemuinya.’ Rasulullah bersabda, ‘Apakah engkau tahu yang selain itu, wahai Aisyah? Sesungguhnya Allah menciptakan penghuni surga yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula. Dan Dia menciptakan penghuni neraka yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula.”[29]

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah bersabda, “Anak-anak kaum muslimin itu berada di sebuah gunung di surga. Mereka diasuh oleh Ibrahim dan Sarah sampai mereka dikembalikan kepada ayah-ayah mereka pada hari kiamat.”
Shahih Al Jami’, 1023

Syafaat Anak Bagi Kedua Orang Tua yang Sabar Atas Kematian Anaknya
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tidaklah sekali-kali sepasang muslim ditinggal mati oleh ketiga orang anaknya yang belum baligh, melainkan Allah akan memasukkan keduanya bersama anak-anak mereka ke dalam surga berkat karunia dan rahmat-Nya.” Abu Hurairah melanjutkan, “Dikatakan kepada anak-anak tersebut, ‘Masuklah kalian ke dalam surga!’ Anak-anak itu menjawab, ‘Kamu menunggu kedua orang tua kami’. Perintah itu diulangi tiga kali, tetapi mereka mengeluarkan jawaban yang sama. Akhirnya, dikatakan kepada mereka, ‘Masuklah kalian bersama kedua orang tua kalian ke dalam surga’.”
Bukhari, Kitab Janaiz, 1171

Thursday, 23 June 2011

abort at 5am-update story

kegembiraan yg hanya sementara..

abort at 5am

ASSALAMUALAIKUM                                                                                                                                                                                                  
 TatkALA JARI JEMARI INI MENULIS SEBENARNYA SAYA TGAH BARING DAN UPDATE PUN GUNA HANSET JE NI.. TP SEBAB NAK BERKONGSI JUGA PENGALAMAN DENGAN KAWAN TTC SEMUA JADI SAYA CORETKAN MACAM DIARI SEBELUM SEMUA INGATAN ITU HILANG BEGITU SAJA.BIARLAH MEMORI DAN PENGALAMAN INI MENJADI PENGAJARAN DAN PENGALAMAN UTK DIKONGSI BERSAMA KITA SEMUA.. SEPERTI MANA POST YANG SEBELUM NI.ARAKIAN MAKLUM SAYA TENGAH MC DAN DALAM KEADAAN THREATEN MISCARRIEGE. PENERANGAN THREATEN MISCARRIEGE TU ADA DALAM POST SEBELUM NI. DALAM 1 DLM 4 WANITA MENGANDUNG AKAN ALAMINYA. DAN DRPD ITU, THREATEN MISCARRIEGE NI BIASANYA 50-50. SELAMAT ATAU GUGUR.     

SAYA ANTARA YANG GUGUR. SEBELUM SEMUA NI TERJADI, JAM 9 SAYA DAFTAR BUKU MERAH KLINIK IBU DAN ANAK UNTUK PERTAMA KALINYA DALAM HIDUP.PAGI TU SAMPAI TENGAHARI BLEEDING DAH XDE.PETANG ADA SPOTTING.JAM 8MLM BILA HUBBY DAH BALIK, LEPAS MAKAN RASA CRAMP SATU BADAN. PINGGANG, TULANG PUNGGUNG,KAKI .RASANYA LEBIH SAKIT DARIPADA SENGUGUT YANG SAYA PUN XSELALU RASA.JAM 10 MALAM SAYA MENGGELETAR KESAKITAN.PAD DAN HABIS 4 DENGAN DARAH PEKAT WARNA MERAH. JAM 11 BERGEGAS KE WAD O N G. SCAN BABY MASIH HIDUP TAPI DEGUPAN JANTUNG MASIH ADA DENGAN RITMA YANG TAK TETAP.BUKAAN DKT BABY MASIH TERTUTUP. SAKIT CRAMP DAH HILANG.LEGA  DAN ADMIT JAM 12.30.SAYA LENA TIDUR.JAM 4 PAGI TIBA2 RASA CRAMP TU DATANG LAGI TP KALI NI LEBIH HEBAT. MASA TUHAN JE YANG TAHU. SAYA ISTIGFAR BANYAK2 TENANGKAN FIKIRAN.

TP XTAHAN SAYA KE TOILET. LAMA DUK BERTAPA 10MINIT.KELUAR KETULAN LEBIH BESAR DR YG SEBELUM NI.WARNA PUTIH KELABU DAN BERSELAPUT.KEMUDIAN SEKETUL DARAH KETUL.HATI MASA TU LULUH.RASA NAK PENGSAN.SAYA PERGI KEJUT MISI, DAN DIA AMBIK SAMPEL TU. SAYA CAKAP PADA MISI, SAYA RASA BABY DAH KELUAR NI.JAM 5.30 MASUK BILIK SCAN.JAM 6 DOC SAHKAN SAYA GUGUR.MASATU MEMANG XBOLEH NANGIS.SAYA MEMANG TAHAN AIR MATA NI MENGALIR.TP TUHAN LG MAHA MENGETAHUI APA ISI HATI SAYA MASA TU.JAM 7.BARING DEKAT KATIL.TERUS MENANGIS.SAYA XPERLU D N C IAITU PROSEDUR CUCI RAHIM SEBAB COMPLETE ABORTION.ALHAMDULILLAH KAMU SAYANG IBU KAMU KAN BABY.DIA XNK SAYA SUSAH HATI.JAM 8 HUBBY DATANG TANPA DITAHAN LAGI SAYA MENANGIS SEPUASNYA.JAM 1 SAYA DISHARGE.MC LG UTK 1MINGGU.  DOC MINTA SAYA RCG KELUARGA UTK AT LEAST 3BULAN UNTK PASTIKAN RAHIM KUAT UTK TERIMA BABY LG.SEMUA DOC DAN MISI BG KATA2 SMGT LEPAS NI BOLEH CUBA LG.NAK JE SAYA JAWAB, SAYA DAH TUNGGU 2THN..IRONINYA KAWAN2 ..

PADA USIA PERKAHWINAN 2THN2BULAN2HARI SAYA DAPAT TAHU SY PREGGY.2BULAN DIA HIDUP.2MINGGU SAYA BLEEDING.SEPATUTNYA DIA DILAHIRKAN PADA 2.2.2012.MALAM TD SAYA MASUK WAD NUMBER 20 DI KATIL NUMBER 2.SAYA TETAP NAK BG NAMA PADA DIA WALAU XTAHU JANTINA.KALAU LELAKI HAQIM.KALAU PEREMPUAN HUSNA. KAWAN2 ADA YG KATA, BABY YG KEGUGURAN AKAN MENUNGGU IBUNYA DI SYURGA..

I LOVE U MY BABY. IBU REDHA DGN KETENTUAN INI..AMIN.

Tuesday, 21 June 2011

admit to hospital ...part 1

Assalamualaikum semua..harap semua sahabat2 ttc dan sesiapa jua sihat2 belaka..

Harini saya akan ceritakan pengalaman saya rentetan selepas bleeding yang pertama harritu..Yang pertama adalah pada hari ahad 12/6/2011 berlaku jam 10 pagi.Lepas buat transvaginal scan, baby ok. saya dapat injection dan ubat duphaston untuk kuatkan rahim.doc kata baby akan hidup 50-50. So, dia bg mc 2 hari aja.kes saya didiagnos sebagai threten miscarriege. Sepanjang minggu lepas saya sambung cuti for the whole weeks.Terima kasih hubby sebab banyak bantu saya.. Hanya tuhan je yang tahu perasaan minggu tu. Kawan2 semua mendoakan terbaik untuk saya..terima kasih..

 Kemudian ada kawan saya bagi petua amalkan zikir AL-MUHYI ( salah satu daripada 99 nama ALLAH)..yang bermaksud yang memberi nyawa dan mematikan. Selain daripada tu, saya amalkan baca al-fatihah, ayat kursi, 3kul dan apa2 yang terfikir dan diusapkan pada perut. Darah yang keluar pun semakin lama semakin kurang..alhamdulillah..

Tapi semua tu tak bertahan lama, sabtu 18/6/2011 jam 4 petang saya teringin sangat nak keluar. Hati ni memberontak sangat nak keluar rumah. Konon dah confident la kan? Lepas2 keluar tu, saya check pad saya darah banyak balik. Terus nangis teresak2 lagi. Menyesal sikit pastu kena bebel pulak dengan hubby, Kol my mum, dia suh pergi gh aja.Refer to emergency unit.

8.30 malam 18/3/2011. Kena check abdominal scan baby, tak nampak. Cemas dah. Refer to Ginea wad. Masuk bilik scan perot xnampak. Doc buat transvaginal scan dan dia ambik sikit tisu dari dinding mis v.Hish doc lelaki non muslim pulak tu. Hurm saya relakan jela..demi mu baby. Alhamdulillah degupan jantung kamu masih di sana, Rasa macam nak menangis je..Doc bagi mc 3 hari dan tambah ubat duphaston..

Lepas ambik ubat dekat farmasi , saya rasa xselesa sangat dekat mis v saya. Masuk toilet , sekali keluar darah seketul sebesar bola pingpong.. Ya ALLAH jantung saya macam nak jatuh.Baby ke ni?.Saya keluar toilet terus menangis dan rasa dah give up sangat. Dah sms pun my mum baby dah xde.. Kami pergi jumpa semula Ginea untuk dapatkan kepastian. Hubby pulak masa tu  dah tertunduk dan rasa dah give up dah.Doc  buat transvaginal scan semula dan alhamdulillah baby ada.Dan dia check ketulan darah tu , memang bukan tissue baby ..Hanya darah beku yang keluar maybe tindakbalas masa doc buat 1st transvaginal scan sebelum tu.Tapi utk 2nd check ni, doc ada masukkan satu alat macam penis plastik yang ada lubang di tengahnya, Di masukkan macam spatula untuk check bukaan dekat tiub fallopio saya. Sakitnya ya amat..Berpeluh2 saya dibuatnya...ada 2/3 kali dia jolok guna spatula tu..huhu..Lepas tu 5 org duk dalam bilik scan mcm jadi bahan pameran pulak.Sabo jela habis dah ternoda.

Jam 10.30malam, saya  admit ke hospital. Hanya tuhan je yang tahu perasaan masatu.Tapi rasa lega tu ada disitu sebab kamu masih ada baby. Kamu memang baby yang kuat sebab dah bermacam2 dugaan yang ibu lalui kamu masih ada disitu..Tatkla menulis ni rasa nak menangis pula..Perut dan pinggang masih rasa sakit..Nanti sambung pengalaman masa kat hospital dan masa discharge..




wassalam..nanti sambung lain


Sunday, 19 June 2011

Threatened miscarrieage

assalam semua..

saya mc sejak seminggu lepas dan menghadapi masalah ini..semalam dah warded then dapat mc sekali lg..nanti saya cerita ye pengalaman menghadapi semua ni,tuhan je yang tahu..doakan saya ye kawan2 semua..




Miscarriage

A threatened miscarriage or spontaneous abortion occurs in approximately 10% of pregnancies between 7 and 12 weeks of gestation. Symptoms include vaginal bleeding, abdominal cramps, and low back pain.

Miscarriage - threatened

Threatened miscarriage; Threatened spontaneous abortion; Abortion - threatened; Threatened abortion
Last reviewed: November 21, 2010.
A threatened miscarriage is a condition that suggests a miscarriage might take place before the 20th week of pregnancy.

Causes, incidence, and risk factors

Some pregnant women have some vaginal bleeding, with or without abdominal cramps, during the first three months of pregnancy. When the symptoms indicate a miscarriage is possible, the condition is called a "threatened abortion." (This refers to a naturally occurring event, not medical abortions or surgical abortions.)
Miscarriage occurs in about half of pregnancies with first trimester bleeding.
For more information, see: Miscarriage

Symptoms

Symptoms of a threatened miscarriage include:
  • Abdominal cramps with or without vaginal bleeding
  • Vaginal bleeding during the first 20 weeks of pregnancy (last menstrual period was less than 20 weeks ago)
Note: During an actual miscarriage, low back pain or abdominal pain (dull to sharp, constant to intermittent) typically occurs, and tissue or clot-like material may pass from the vagina.

Signs and tests

Abdominal or vaginal ultrasound may be done to check the baby's development, heart beat, and amount of bleeding. A pelvic exam will be done to check the cervix.
The following blood tests may be performed:

Treatment

You may be told to avoid or restrict some forms of activity. Not having sexual intercourse is usually recommended until the warning signs have disappeared.
The use of progesterone is controversial. It might relax smooth muscles, including the muscles of the uterus. However, it also might increase the risk of an incomplete abortion or an abnormal pregnancy. Unless there is a luteal phase defect, progesterone should not be used.

Expectations (prognosis)

Many women with threatened miscarriage go on to have a normal pregnancy.

Complications

  • Anemia
  • Infection
  • Miscarriage
  • Moderate-to-heavy blood loss

    copy from
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001906/

Monday, 13 June 2011

Ist bleeding on my 6 weeks of pregnancy


Satu pagi ahad yang hening semasa saya makan breakfast nasi lemak dan milo o.. Ku panggil suamiku untuk bangun sarapan sekali.Tetapi dia lagi syok tido...tak apala sarapan jela. Lepas tu, dalam pukul 10 terasa macam ada flow dan spot sesuatu dekat seluar yang dipakai...

Ya ALLAH ada darah..rasa gugup gusar jantungku.Rasa luluh ..rasa sedih.Ya ALLAH selamatkanlah bayi dalam kandunganku ini.adakah ini balasanmu kepadaku hambamu ini yang terlalu terlbih happy sebab mengandung? adakah aku telah mengguris perasaan seseorang? adakah aku telah berasa riak dan terlalu bangga. Ya ALLAH selamatkanlah bayiku ..Terus air mata ini mengalir..

Maka, sang suami dikejutkan dan diberitahu mengenai berita itu.. Terus kami bergegas ke klinik pakar .Walaupun dah tau dah caj dia mahal 2x ganda.Keranamu baby, ibu akan teruskan perjuangan ini. Berdegup jantung aku masatu hanya tuhan yang tahu..

Bila jumpa doktor. mula dia check guna ultrasound yang biasa, dia tak nampak baby tu.Isk riasau aku. Tengok si suami duk tertunduk dah kepala ke bawah untuk menerima dengan pasrah apa yang terjadi..Lepas tu guna alat apa aku lupa nama dia..yang dimasukkan dalam faraj tu untuk scan. Alhamdulillah masih ada heart beat.. rasa macam nak menangis..Bersyukur bayiku masih hidup..

Dr bg ubat Dhupaston iaitu sjenis hormon untuk kuatkan baby. Di kata baby saya xkuat, rahim kuat tp perlu banyakkan berehat dan diberi mc 2hr. Doc kata flow akan terjadi lagi tapi hopefully makin slow.Kalau makin banyak darah keluar, there;s nothing can be done ...gelap kejap mata dan hati bila doc kata macam tu. 2minggu lagi kena scan semula.

Harini isnin. pagi2 sebelum sembahyang subuh ada flow lagi, macam lagi banyak je.Macam air dan darah. Hati xkeruan, rasa mcam perutku dah kempis je..Perasaan bercampur baur mengatakan sesuatu.Jumpa doc lagi, doc kata rehat je.Jangan mop lantai.Jangan bersama..Mesti doc2 ni ingat saya bersama.huhu..ok tidak doc,saya sangat menjaga dan tidak dibenarkan lg..

Bila ku flash back semula..adakah sebab salah ku semasa berlari2 hari khamis lepas dekat airport sebab takut tertinggal flight?atau adakah tekanan dalam flight? atau adakah kerana aku termakan kuah rebung masa lunch dekat putrajaya tu..


Ya ALLAH, selamatkanlah bayiku ini ...rasa nak nangis je ni..

Friday, 10 June 2011

Nak tanya?

Salam kawan2 ttc sekalian..xpa ke saya update pasal perkembangan kandungan saya?huhu..takut ada yang terguris /terasa hati pula nant..need your feedback soon..:) wassalam..

Friday, 3 June 2011

Sambungan Ceritera........



Assalamualaikum semua..

Pagi tadi xlarat nak bangun pagi awal.Letih..Oklah mari saya sambung cerita.Last week saya dan hubby balik kampung.Kerap betul balik kampung sejak hubby dapat kerja baru ni. Lepastu weekend pun dia xkerja dah.Rasa sangat tak stress dah.Happy je.

Balik kampung minggu lepas sebab mak saya ada buat kenduri doa selamat sikit sebelum nak ke umrah. Sebelum nak balik tu tiba2 sepupu datang bawak baby dia perempuan. isk sebak benor aku menengoknya. Mak dan abah macam suka benor dgn baby tu. Saya sedih dan sebak sangat tengok walau mak dan abah dah ada 2 cucu daripada anak kakak saya. Tapi dua2 baby boy.huhu.. Sebak sampai termenitis air mata tapi berlakon konon nak angkat kain yang takut tertinggal padahal nangis.Perot saya duk sakit2 macam nak period..tu yang emo je..emosi sungguh..

Sebelum balik tu salam mak dan cium pipi. Mak tanya ada apa nak pesan tak? saya pesan mintak doa dan belikan buah hawa je. Sebenarnya hari ahad lepas period dah delay 2 hari. So saya malas pikir pun sebab dah pernah delay dua hari sebelum2 ni tapi xde kesan apa pun .Lepas tu bz  pulak dengan kenduri sama. Jadi saya abaikan. Sampai Penang, kawan hubby pulak ajak singgah rumah dia..huhu..Kebetulan dia ada pesan ikan daripada hubby.Tiba di rumah kawan hubby, wah ramai juga anak dia. Yang paling menarik pandangan antara ramai2 anak dia , si bongsu baby girl.Yang tak tahan tu, baby tu duk tenung dekat saya pastu tersengih2..hairan benor..Bila diambik dipegang duk tenung xkelip2 mata.hehe..Tapi biasalah kan baby tak kenai orang dia sukalah duk tenung macamtu..

Hari Isnin...delay lagi....Selasa hari ke-4 delay lagi..hurm mulalah berasa hairan dan pelik dan weird seperti post sebelum ni..Tak pernah delay selama. Saya mula la mesej2 hubby saya masa kat opis.Dia pun xmenaruh harapan.Petang tu lepas training sukan, pukul 7 malam baru habis game.Saya pergi farmasi dan beli upt. Saya tanya mana yang palik elok. Dia kata import punya lagi accurate..Hantam sajalah..Sampai rumah pukul 7.15malam.Rehat kejap pastu xsabo2 nak test  dah memang jenis orang xsabo..macam ni laa.. .Baca instruction upt nak bagi paham semula sebab dah setahun xbeli benda alah ni..Upt di buka dan direndam dalam urin..Tunggu dalam 30 saat..

Dup dap dup dap dup dap..satu line, dua line???dua line clear kelihatan . Mula tu jadi bingung dan hairan pastu menitislah airmataku pada jam 7.30malam macamtu lepas baca semula instructions UPT..If two lines,pregnant. If one line, not pregnant. PREGNANTTTTTTT! SEBAB DUA LINE!!!!!Rasa bercampur baur, gembira , happy,rasa nak menjerit ,lompat.Padamu kupanjatkan doa YA ALLAH..Hubby takde masa tu oustatstion lepas tu hanphone plak off.Pukul 8.30malam dia kol, saya xbgtau lagi takut dia tekejut plak. Cuma mesej one of my close friends aja.. Dia kata jumpa doktor dulu nak confirm sbb lagi accurate.

Memang rasa tak boleh duduk diam dah saya masa tu...duk tunggu2 lama betul orang tua ni balik. Pukul 11 malam baru dia sampai rumah.. Sampai rumah dengan muka penat xlarat dia.. Pastu saya ajak dia masuk bilik tengok UPT..terus dia tergamam dan peluk saya.. Terharu dia kata. Dengan xmakan lagi malam tu.Semangat dia kata.Jom kita pergi klinik check..Pukul 12 malam baru sampai klinik. Duk dup dap dup dap..saya kata dekat dia sabo kita jumpa doktor dulu.. Masuk jumpa doktor, dia tanya, awak ada sakit apa2 ke? saya kata saya nak check betul ke saya pregnant? Puan pergi ambik urin dulu kemudian kita test. Kemudian test lagi upt doktor.. Clear kaler pink ( upt dia jenis lain skek)..Tahniah memang puan mengandung..Dijangka 2/2/2012 puan akan bersalin.Jaga diri dan jangan angkat berat2 dan jangan lupa buat buku merah..


N off story..semalam saya dah beli obimin plus,kalsium dan minum susu anmum materna ( yang dah lama beli sebab ada orang suruh minum untuk percubaan mengandung..)

ALHAMDULILLAH..SEMOGA KAWAN2 SEMUA AKAN BEROLEH BERITA SEGEMBIRA INI KELAK...TIADA APA YG LEBIH MENGEMBIRAKAN KITA2 NI BILA DAH MENGANDUNG..TAPI PERJALANAN ITU MASIH JAUH..DOAKAN SAYA YE KAWAN2..AMIN..

Thursday, 2 June 2011

Ceritera

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua, ni pepagi buta duk update blog lepas bangun daripada tido. Semangat nak update ceritera disebalik kejadian 2hari lepas sebab ramai yang tanya kenapa dan bagaimana. Sebelum ni nak ucapkan terima kasih kepada warga TTC sekalian yang sudi melayan luahan dan apa2 jela post yang sebelum ni saya pernah tulis.
Terima kasih kepada ima/yummy mummy sebab bagi dorongan saya buka blog ni even baru je 1bulan llebih jw usia blog ni. Dah macam2 pengalaman yang ditimba daripada kawan2 semua. Thanks banyak2..

Oklah, mari kita cerita. Saya dah kawin 2tahun 2 bulan lebih bila dapat tahu berita gembira ni. Bermulanya kehidupan sebagai suami isteri,Mac 2009. Namun dugaan datang masa bulan Mei2009 saya eksiden, kaki kiri saya didapati retak, rehat 2 bulan & dapat mc lepas eksiden tu. Masa memula kawin tu macam biasala duk amalkan regular seks pada waktu subur.Bila dah sakit 2bulan mc tu lagila kan? tapi memang xde apa jugak.hampa..tapi kan awal lagi. Kemudian tetiba hubby kena tukar keje kl plak..huhu lagilah sedih..Selama tu kereta kitorang memang xde sebab teruk remuk,kiri,kanan,depan,belakang..Akhirnya diorang kata total lost kereta tu lepas dah wat investigation.huhu..sadis kereta pun dah xdak..hubby plak kena keje  kl.Nasiblah ayahku sudi meminjam kereta arenanya yang macam lori tu buat sementara waktu.huhuhu

Bila saya kembali bertugas, memang sedih sangat. Hubby duk jauh, kete plak xde, pastu kaki still terhencot2..huhu..Nasibla tempat kerja dekat, jalan jela ke tempat kerja. Tak de sapa tolong? Sedih jugak masa tu macam xde sapa nak tlg..Tapi ada sorang kawan yang sangat baik tiap petang sure tolong hantar ke rumah.Thanks ita..sangat menghargai pertolongan kamu. Semasa berjauhan tu, hubby balik every weekend jela jumpa saya. Tapi kami terpaksa sewa hotel dekat luar untuk bersama sebab saya dah pindah ke rumah sewa baru dngan anak2 dara.Takkanlah nak bawak masuk hubby kan even duk bilik sorg.Unproper sangat2..

Bulan 8 2009 hubby back for good sebab tukar kerja. Maka, kami berusaha lagi bersungguh2 kali ini. Start daripada bulan 12 2009 saya dah rasa tak tahan.Sedih rasanya apesalla tak lekat2 lagi ni?tengok kawan2 yang seangkatan semua nak beranak dah.Ada yang dah beranak pun.huhu..Bermula pasa saat tu, saya start la search pasal ttc ,petua, lppkn,masuk satu forum, mengurut dan tanya beberapa orang yang lambat jugak. Bulan 12 tu saya pergi mengurut dengan sorang bidan ni. Sebelum saya perg mengurut tu saya pergi ke klinik biasa je, pastu sembang2 dengan doktor .Doktor cakap rahim senget.Aik senget? 3 bulan saya pergi mengurut dengan bidan tu. Punyalah sakit masa mengurut tu..huhu..
 
Tunggu2 sampai awal tahun 2010 masih xde jugak.hampa..So xde buat apa dah sepanjang masa tu.Cuma nak try biodex. Makanlah biodex selama 3 bulan sampailah bulan 3. Takde apa jugak..Habislah duitku melayang berapa ratus ek lupa dah. Kemudian tak buat apa dah..Masuk bulan 7..Rasa macam xbest dah. Saya pun trylah usha2 beberapa klinik dekat area Penang ni untuk buat pemeriksaan kesuburan and so onlah..Start bulan 7 sampai bulan 12. Selama tu doktor memang xcheck hubby lagi. Apa yang doktor bagi, dia suruh saya consume clomid 6 hari starting from 2nd day of period. Selama 3 bulan sampailah lepas raya saya makan dan check telur semasa waktu subur. Lepas 3 bulan tu dah try ..Hampa memang xde jawapan apa..

Bila dah xde jawapan, sepatutnya tibalah masanya hubby pulak kena check darah dan air mani. Cis dia xnak...sampailah bulan 1.Tiba2 husband kena transfer pulak ke kl. Terbantut lagi usaha nak conceived.huhu..Bulan 4 alhamdulillah hubby back for good sebab dapat kerja lain.Senang beno nak dapat kerja..adess

Maka, semasa bulan 4 lah jugak saya mengenali warga ttc.Tarikh xingat...bermulalah sesi meluah perasaan dan bertukar pendapat dan pengalaman.Haaa..sebelum tu, pada awal tahun 2011 saya ada beli buah hawa.haiyoo rm70 for 2 pieces..Perap ja kat dapur tu sebab hubby duk jauh.Bermula 1st day period hujung bulan 4 saya dan hubby minum air buah hawa.Thanks mira sebab bagitau macamana nak minum. Yang nak dijadikan cerita, masa tengah merebus buah hawa kali pertama tu, kami tertido lepas tu air dia kering dan dah hangus sikit buah tu masa direbus.Hampa..tapi xpala dapatla minum 2 minggu je..

Lepas tu masa waktu subur bersama jela..Nak kata kami kerap taklah kerap sangat. 3x seminggu.Itupun seminggu kadang sekali je.Lepas tu ambik inspirasi daripada blog invinsible mummy yang tunggu 3 tahun untuk conceived..Bila baca pengalaman dia, Saya just ambik iktibar .Sepanjang bulan 5 yang lepas saya panjatkan doa macam yang invinsible mummy buat. Dalam doa2 saya sebelum ni, saya terlalu sangat2 nak baby. Macam xde benda lain nak mintak dah. Sedangkan kita insan yang kerdil ni banyak sungguh dosa sebenarnya..Pastu saya tetapkan azam nak khatam Al-Quran masa bulan puasa. Disebabkan diri ini xmampu nak habiskan dalam masa singkat,maka saya dan hubby start baca Al-Quran selepas sembahyang maghrib.Mana2 masa yang termampu saya buat.Kadang terlepas jugak.Mungkin ini juga satu keajaiban yang kita sendiri tak tahu kan?

Nanti sambung cerita masa disahkan positif tu..adios..wassalam..

Wednesday, 1 June 2011

5 weeks

Assalamualaikum ..selamat pagi semua..alhamdulillah syukur ke hadrat tuhan ..The miracle is always there..Saya disahkan positif 5 minggu preggy mummy. Macam2 perasaan berbaur.Terkejut.Gembira. Hairan.pelik tapi benar.Doakan ye..Nanti saya cerita macamana semua ni boleh terjadi.Doakan semuanya selamat ye kawan2..I am always praying for all my TTC friends here. Perjalanan baru bermula.Takut risau, tergamam .rasa macam dalam mimpi..huhu.Terima kasih YA ALLAH kerana memberikan ku rezeki yang tak terhingga maha besar ini.amin