Followers

Sunday, 1 July 2012

Mengandung? ada anak? satu perlumbaan?

 http://top-game-wallpaper.blogspot.com/2008/11/race-pro-video-game.html

 http://www.hiren.info/desktop-wallpapers/babies-pictures/almost-new-born-baby

Assalamualaikum semua kawan kawan TTC..

Maaf sangat lama tidak mengupdate dan tidak menjenguk, tidak mengomen dan tidak berblog hopping..Saya busy sikit dengan kerja2 di opis.Bila ada idea ada, malas pulak datang.Kalau ada berita gembira yang saya tak tahu tu saya nak ucapkan tahniah....Kalau xde pun tak apa.Semoga sihat2 selalu dan masih bersemangat dengan usaha kalian.Semoga beroleh hasil dan keredhaan hendaknya.Kalau kurang berusaha pun xpa, saya doakan tuhan akan sentiasa merahmati hidup kalian dengan rezeki dan kebahagian tanpa memikirkan soal anak buat sejenak.InsyaALLAH rezeki daripadaNYA akan tiba jua.AMIN,,,,

Tajuk di atas ni ada kaitan dengan peristiwa di FB saya. Saya ditagged nama dalam senarai nama yang bakal melahirkan anak di FB dengan 'junior' saya yang lebih muda.Mereka 'mungkin'?  berTTC juga?( saya letakkan tanda soalan tu sebab saya rasa tak TTC pun..hehe) tapi xsampai setahun la.Dalam 6 bulan dan dah lekat dah.Alhamdulillah itu rezeki mereka.Saya tak tahu nak define erti TTC ni .Tapi pada pendapat saya , kalau lebih 1tahun kahwin tu, itu saya gelarkan dah berTTC la,,Sebab kalau kita bukak banyak info pasal TTC dan bila kena jumpa doc ni, kalau dah lebih setahun berusaha barulah seek for medical doc untuk check kesuburan kita ( betulkan kalau tersilap.)


Pastu dalam ayat2 komen di FB tu ayat dia lebih kurang macam ni.

Tahniah kepada si polan2,,,A,B,Cdan saya  kerana bakal menjadi ibu dan kepada adik D tahniah kerana bakal bergelar ibu dan bapa.Boleh buka pasukan futsal bla bla bla....( yang ucap tahniah ni belum kahwin lagi..)
komen:
lain2 komen.........................
A: aku kena berusaha keras untuk mengejar
B: dan lagi nak kejar tu...
Saya: Dalam hal macam ni kamu (A) xperlulah nak kejar2.Semua ni rezeki tuhan.InsyaALLAH nanti adalah rezeki kamu lagipun kamu lagi baru kahwin kan.

Ayat dia lebih kurang macam tu la.Saya pada asalnya tak berminat nak komen tapi bila ada komen nak kejar tu, meh aku bagi sedas sikit pada budak2 ni.heheh..Ternyata keemoan warga TTC masih ada dalam diri walaupun sekarang dah mengandung.Adakah saya terlalu emo? hehe..Ntahla..mungkin mereka xbermaksud apa-apa, cuma saya je sensitif bila baca komen mereka tu.

Apa cerita kandungan saya?
Alhamdulillah dah 23minggu.Bermakna 5bulan lebih dan minggu depan masuk 24minggu tau 6 bulan.Walaupun dah second trimester dan sebulan lagi nak masuk final trimester, saya masih lagi berjaga-jaga dan tak terlalu excited.Sebabnya seminggu yang lepas ada brown spot keluar lepas saya terhidu chemical masa kerja.My work nature memang main dengan chemical sebab saya kan chemist..huhu chemistlah sangat. Dan semalam ada lagi brown spot .Disebabkan dua kali dah spotting ni, husband tak bagi saya makan durian.Padahal skarang musim durian..terliur jela.Haritu dah makan 2kali.Sekali makan pun dalam 2-3 ulas buat rasa.Tapi kedua-dua kali tu duriannya memang kureng sikit.

Lepas brown spot tu terus saya pergi check buat ultrasound untuk tengok keadaan baby dan uri saya.So far OK jela.Dan doc dah tunjukkan jantina baby.Tapi saya tak percaya hundred percent pun.hehe tunggu masa check up 7 bulan nanti.InsyaALLAH baby sihat.Tolong doakan saya yer.

Wassalam