Followers

Friday, 3 February 2012

Entry khas untuk yummy mummy @ eimma blog my journey to be a mummy

assalamualaikum..

Maaf sekali lagi kepada semua follower baru..tak sempat lagi nak jengui.Ni duk cuba buka sikit2 mana blog yang tak sempat buka.
Kawan2 TTC sebab tenggelam timbul..saya ada baca post kamu tp xsempat komen..bh pun kadang2 je sempat tp xsempat komen..



Entry ni adalah entry khas ucapan tahniah kepada eimma..http://soontobeamummy.blogspot.com/. kerana penantian kamu untuk jadi ibu/mama/ummi tak lama lagi jadi kenyataan insyaALLAH.
Lama dah kenal si eimma ni. sejak daripada WMC lagi dekat forum orang bujang.Sekali dengan kakak dia azlina.
Lepas tu buat GA sama2..Bila kenduri dia, saya pergi ke kuala kurau.Dia datang kenduri saya..
Dan dia juga yang perkenalkan kepada blog TTC.Thanks Eimma..Take care yer dear sampai selamat bersalin.happy for you. Semoga ALLAH swt permudahkan perjalanan baby kamu sampai selamat bersalin..
AMIN,,,


Mira Waiting for miracles happends pun dah 7 bulan xlama lagi nak bersalin baby kembar..bestnya..take care juga.

As for me,sepatutnya 2/2/2012 haritu dah bersalin the one that we lost more than 7 months ago.Bila bukak fb geng2 yang sama pregnant dulu.semua dah selamat bersalin.Dalam hati punyalah sedih tak terhingga...nantilah bukak entry baru untuk tu..daaa

Thursday, 12 January 2012

Tahniah kepada nakpregnant dan lain2 kalau ada yang terlupa dah xtahu

Assalamualaikum bubblies ttcians,

Seriusly xde masa nak blog hopping ke blog ttcians..dekat fb ttc corner pun kdg ada kadang xde.Harap kalian semua masih bersemangat meneruskan berttc walau kadang semangat tu turun kejap naik kejap. Kejap sedih, kejap gembira,kejap tak tahu nak buat apa. Tengok dekat followers saya tu makin bertambah tapi maaf saya xsempat nak jengok lagi blog puan-puan semua ye..Ribuan terima kasih sebab follow .Walau tuan tanah pun jarang jengok tanah sekangkang kera ni.eeheheh

Tula, bila dah jadi ttcians ni kadang tu rasa jeles ada, rasa kecewa ada, tu semua asam garam kehidupan.Kadang bukak fb, kecewa jugak bila orang update setiap hari pasal baby, pasal kandungan, pasal baby gerak2, pasal ni itu ini dan seangkatan la..once in a blue moon mungkin kita begitu juge kan.Biasalah hati wanita ni cepat sensitif.Lagi2 golongan ttcians ni.Bukanlah nak kata tak boleh tulis mcmtu, ini cuma luahan aja.Tumpang happy atas kegembiraan org lain itukan lebih baik.Esok time kita macam tu jugak..:)

Xde banyak cerita nak dikongsikan sebenarnya dengan kawan-kawan semua.Saya sekarang masih ala-ala kadar usahanya pun..Minum buah hawa last cycle dan makan habbatus sauda, husband makan telur ayam kampung dan madu.Itu jela.Jumpa doktor semula masih belum.Mungkin pospone lg lepas anniversary yg ke 3thn.Wahh sekejap je dah nak masuk tahun ke-3..hukhuk..

Apa2 pun gud luck semua..kita berserah kepada NYA.AMIN..