Salam JUMAAT yang BARAKAH,
Setiap minggu , dekat tempat tinggal saya akan ada edaran daripada surau.Tapi edaran kali ini meruntun jiwa, merentap sanubari, menyedihkan hati dan seangkatan dengannya sebab kita bukan di golongan ini. Semoga sinar itu akan datang menjelma kepada kita suatu hari nanti my TCC friends:
KELEBIHAN MENJADI IBU YANG SOLEHAH
1.2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 8 rakaat solat wanita yang tidak hamil
2. Wanita yang memberi susu kepada anaknya daripada badannya akan dapat satu pahala daripada setiap titik susu itu.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, ALLAH akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Wanita yg habiskan malamnya dengan tidur yg tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 org hamba.
5. Wanita hamil mendapat pahala puasa pada siang hari.
6. Wanita hamil mendapat pahala beribadat pada malam hari
7. Wanita yang tidak cukup tidur kerana menjaga anaknya yang sakit pada malam hari akan diampunkan ALLAH dosanya dan bila hiburkan anaknya itu akan diberi 12tahun pahala ibadat.
8. Wanita bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan satu pahala haji.
9. Apabila seorang wanita melahirkan anak dan dia mati,dikira mati syahid.
10. Sekiranya wanita mati dalam 40 hari selepas bersalin, dikira juga mati syahid.
Wallahualam...
moga kita ada peluang untuk mengecapi pahala sebagai ibu
ReplyDeleteinshaALLAH su
ReplyDelete