Followers

Tuesday 21 June 2011

admit to hospital ...part 1

Assalamualaikum semua..harap semua sahabat2 ttc dan sesiapa jua sihat2 belaka..

Harini saya akan ceritakan pengalaman saya rentetan selepas bleeding yang pertama harritu..Yang pertama adalah pada hari ahad 12/6/2011 berlaku jam 10 pagi.Lepas buat transvaginal scan, baby ok. saya dapat injection dan ubat duphaston untuk kuatkan rahim.doc kata baby akan hidup 50-50. So, dia bg mc 2 hari aja.kes saya didiagnos sebagai threten miscarriege. Sepanjang minggu lepas saya sambung cuti for the whole weeks.Terima kasih hubby sebab banyak bantu saya.. Hanya tuhan je yang tahu perasaan minggu tu. Kawan2 semua mendoakan terbaik untuk saya..terima kasih..

 Kemudian ada kawan saya bagi petua amalkan zikir AL-MUHYI ( salah satu daripada 99 nama ALLAH)..yang bermaksud yang memberi nyawa dan mematikan. Selain daripada tu, saya amalkan baca al-fatihah, ayat kursi, 3kul dan apa2 yang terfikir dan diusapkan pada perut. Darah yang keluar pun semakin lama semakin kurang..alhamdulillah..

Tapi semua tu tak bertahan lama, sabtu 18/6/2011 jam 4 petang saya teringin sangat nak keluar. Hati ni memberontak sangat nak keluar rumah. Konon dah confident la kan? Lepas2 keluar tu, saya check pad saya darah banyak balik. Terus nangis teresak2 lagi. Menyesal sikit pastu kena bebel pulak dengan hubby, Kol my mum, dia suh pergi gh aja.Refer to emergency unit.

8.30 malam 18/3/2011. Kena check abdominal scan baby, tak nampak. Cemas dah. Refer to Ginea wad. Masuk bilik scan perot xnampak. Doc buat transvaginal scan dan dia ambik sikit tisu dari dinding mis v.Hish doc lelaki non muslim pulak tu. Hurm saya relakan jela..demi mu baby. Alhamdulillah degupan jantung kamu masih di sana, Rasa macam nak menangis je..Doc bagi mc 3 hari dan tambah ubat duphaston..

Lepas ambik ubat dekat farmasi , saya rasa xselesa sangat dekat mis v saya. Masuk toilet , sekali keluar darah seketul sebesar bola pingpong.. Ya ALLAH jantung saya macam nak jatuh.Baby ke ni?.Saya keluar toilet terus menangis dan rasa dah give up sangat. Dah sms pun my mum baby dah xde.. Kami pergi jumpa semula Ginea untuk dapatkan kepastian. Hubby pulak masa tu  dah tertunduk dan rasa dah give up dah.Doc  buat transvaginal scan semula dan alhamdulillah baby ada.Dan dia check ketulan darah tu , memang bukan tissue baby ..Hanya darah beku yang keluar maybe tindakbalas masa doc buat 1st transvaginal scan sebelum tu.Tapi utk 2nd check ni, doc ada masukkan satu alat macam penis plastik yang ada lubang di tengahnya, Di masukkan macam spatula untuk check bukaan dekat tiub fallopio saya. Sakitnya ya amat..Berpeluh2 saya dibuatnya...ada 2/3 kali dia jolok guna spatula tu..huhu..Lepas tu 5 org duk dalam bilik scan mcm jadi bahan pameran pulak.Sabo jela habis dah ternoda.

Jam 10.30malam, saya  admit ke hospital. Hanya tuhan je yang tahu perasaan masatu.Tapi rasa lega tu ada disitu sebab kamu masih ada baby. Kamu memang baby yang kuat sebab dah bermacam2 dugaan yang ibu lalui kamu masih ada disitu..Tatkla menulis ni rasa nak menangis pula..Perut dan pinggang masih rasa sakit..Nanti sambung pengalaman masa kat hospital dan masa discharge..




wassalam..nanti sambung lain


10 comments:

  1. dear..Berat dugaan ini..
    terus tabah ya!

    ReplyDelete
  2. sabarla...
    semoga urusan kamu dipermudahkan...

    ReplyDelete
  3. Insyaallah..semua akan baik saja.
    teruskan berdoa..

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya selamat..amin

    ReplyDelete
  5. semoga semuanya selamat...bykkan bersabar yeks

    ReplyDelete
  6. bertuahnya awk. walopon dah keluar ketul bsr baby awk tetap survive. tak mcm saya wpon bleeding tanpa ketul and sekejap jer, doc(tru email) sahkan complete abortion.sabtu ni saya nk pergi sahkan semula dengan doctor yg scan yg nmpk itu hari. tiap2 mlm xleh tdo lyn sedih.dlm ht masih menaruh hrpn 50% moga Allah beri keajaiban utk saya.

    ReplyDelete
  7. banyakkan bersabar...wiyah dapat rasakan kesdihan awak,,bergenang air mata baca entry ni...sabar yer ,,keep smile & usaha lagi..

    ReplyDelete
  8. semoga awk kuat...insyaallah Tuhan sentiasa bersama orang2 yang sabar...

    ReplyDelete
  9. hikari, anie, datul, kak reen, su su, mira, wiyah, chinta: terima kasih atas dorongan anda..

    puan leeda: yeke? ya ALLAH saya pun tatau ni semua kuasa ALLAH.keajaiban yang tuhan bagi..awak bersabar ye.try check sekali lagi..

    ReplyDelete