Followers

Thursday 2 June 2011

Ceritera

Assalamualaikum..

Selamat pagi semua, ni pepagi buta duk update blog lepas bangun daripada tido. Semangat nak update ceritera disebalik kejadian 2hari lepas sebab ramai yang tanya kenapa dan bagaimana. Sebelum ni nak ucapkan terima kasih kepada warga TTC sekalian yang sudi melayan luahan dan apa2 jela post yang sebelum ni saya pernah tulis.
Terima kasih kepada ima/yummy mummy sebab bagi dorongan saya buka blog ni even baru je 1bulan llebih jw usia blog ni. Dah macam2 pengalaman yang ditimba daripada kawan2 semua. Thanks banyak2..

Oklah, mari kita cerita. Saya dah kawin 2tahun 2 bulan lebih bila dapat tahu berita gembira ni. Bermulanya kehidupan sebagai suami isteri,Mac 2009. Namun dugaan datang masa bulan Mei2009 saya eksiden, kaki kiri saya didapati retak, rehat 2 bulan & dapat mc lepas eksiden tu. Masa memula kawin tu macam biasala duk amalkan regular seks pada waktu subur.Bila dah sakit 2bulan mc tu lagila kan? tapi memang xde apa jugak.hampa..tapi kan awal lagi. Kemudian tetiba hubby kena tukar keje kl plak..huhu lagilah sedih..Selama tu kereta kitorang memang xde sebab teruk remuk,kiri,kanan,depan,belakang..Akhirnya diorang kata total lost kereta tu lepas dah wat investigation.huhu..sadis kereta pun dah xdak..hubby plak kena keje  kl.Nasiblah ayahku sudi meminjam kereta arenanya yang macam lori tu buat sementara waktu.huhuhu

Bila saya kembali bertugas, memang sedih sangat. Hubby duk jauh, kete plak xde, pastu kaki still terhencot2..huhu..Nasibla tempat kerja dekat, jalan jela ke tempat kerja. Tak de sapa tolong? Sedih jugak masa tu macam xde sapa nak tlg..Tapi ada sorang kawan yang sangat baik tiap petang sure tolong hantar ke rumah.Thanks ita..sangat menghargai pertolongan kamu. Semasa berjauhan tu, hubby balik every weekend jela jumpa saya. Tapi kami terpaksa sewa hotel dekat luar untuk bersama sebab saya dah pindah ke rumah sewa baru dngan anak2 dara.Takkanlah nak bawak masuk hubby kan even duk bilik sorg.Unproper sangat2..

Bulan 8 2009 hubby back for good sebab tukar kerja. Maka, kami berusaha lagi bersungguh2 kali ini. Start daripada bulan 12 2009 saya dah rasa tak tahan.Sedih rasanya apesalla tak lekat2 lagi ni?tengok kawan2 yang seangkatan semua nak beranak dah.Ada yang dah beranak pun.huhu..Bermula pasa saat tu, saya start la search pasal ttc ,petua, lppkn,masuk satu forum, mengurut dan tanya beberapa orang yang lambat jugak. Bulan 12 tu saya pergi mengurut dengan sorang bidan ni. Sebelum saya perg mengurut tu saya pergi ke klinik biasa je, pastu sembang2 dengan doktor .Doktor cakap rahim senget.Aik senget? 3 bulan saya pergi mengurut dengan bidan tu. Punyalah sakit masa mengurut tu..huhu..
 
Tunggu2 sampai awal tahun 2010 masih xde jugak.hampa..So xde buat apa dah sepanjang masa tu.Cuma nak try biodex. Makanlah biodex selama 3 bulan sampailah bulan 3. Takde apa jugak..Habislah duitku melayang berapa ratus ek lupa dah. Kemudian tak buat apa dah..Masuk bulan 7..Rasa macam xbest dah. Saya pun trylah usha2 beberapa klinik dekat area Penang ni untuk buat pemeriksaan kesuburan and so onlah..Start bulan 7 sampai bulan 12. Selama tu doktor memang xcheck hubby lagi. Apa yang doktor bagi, dia suruh saya consume clomid 6 hari starting from 2nd day of period. Selama 3 bulan sampailah lepas raya saya makan dan check telur semasa waktu subur. Lepas 3 bulan tu dah try ..Hampa memang xde jawapan apa..

Bila dah xde jawapan, sepatutnya tibalah masanya hubby pulak kena check darah dan air mani. Cis dia xnak...sampailah bulan 1.Tiba2 husband kena transfer pulak ke kl. Terbantut lagi usaha nak conceived.huhu..Bulan 4 alhamdulillah hubby back for good sebab dapat kerja lain.Senang beno nak dapat kerja..adess

Maka, semasa bulan 4 lah jugak saya mengenali warga ttc.Tarikh xingat...bermulalah sesi meluah perasaan dan bertukar pendapat dan pengalaman.Haaa..sebelum tu, pada awal tahun 2011 saya ada beli buah hawa.haiyoo rm70 for 2 pieces..Perap ja kat dapur tu sebab hubby duk jauh.Bermula 1st day period hujung bulan 4 saya dan hubby minum air buah hawa.Thanks mira sebab bagitau macamana nak minum. Yang nak dijadikan cerita, masa tengah merebus buah hawa kali pertama tu, kami tertido lepas tu air dia kering dan dah hangus sikit buah tu masa direbus.Hampa..tapi xpala dapatla minum 2 minggu je..

Lepas tu masa waktu subur bersama jela..Nak kata kami kerap taklah kerap sangat. 3x seminggu.Itupun seminggu kadang sekali je.Lepas tu ambik inspirasi daripada blog invinsible mummy yang tunggu 3 tahun untuk conceived..Bila baca pengalaman dia, Saya just ambik iktibar .Sepanjang bulan 5 yang lepas saya panjatkan doa macam yang invinsible mummy buat. Dalam doa2 saya sebelum ni, saya terlalu sangat2 nak baby. Macam xde benda lain nak mintak dah. Sedangkan kita insan yang kerdil ni banyak sungguh dosa sebenarnya..Pastu saya tetapkan azam nak khatam Al-Quran masa bulan puasa. Disebabkan diri ini xmampu nak habiskan dalam masa singkat,maka saya dan hubby start baca Al-Quran selepas sembahyang maghrib.Mana2 masa yang termampu saya buat.Kadang terlepas jugak.Mungkin ini juga satu keajaiban yang kita sendiri tak tahu kan?

Nanti sambung cerita masa disahkan positif tu..adios..wassalam..

6 comments:

  1. OK...x sabar nak tgu story next.......

    ReplyDelete
  2. tak sabar nak tau nie...citer lg

    ReplyDelete
  3. ala...nak lagi...cepat update ktorang k..nak tahu cmana rasa bila disahkan positif, kalo sy mesti dah rasa terbang kat awang2an bila dpt berita gumbira mcm tu...

    ReplyDelete
  4. MIJ : sy folower baru. TTC jugak. =((

    Boleh kongsi buah hawa tu ? sy taktau pun psl buah hawa dpt membantu ? psl pls.....

    ReplyDelete