Followers

Friday, 11 May 2012

Benar kata kak irtiyah..roda itu sentiasa berputar

Assalamualaikum..


foto taken here  http://realcolorwheel.com/tubecolors.htm

Apabila terbaca blog kak irtiyah saya terpanggil untuk cerita kisah benar saya sepanjang berTTC sebelum ini. Arakian kisah ini adalah pengalaman sendiri di tempat kerja yang rasanya pernah saya kongsikan tapi ceritanya tidak penuh.

Dekat unit di jabatan saya ada 6 orang staf termasuk saya.Ada 4 orang staf yang masih belum kahwin lagi.Tapi, masing2 dah ada pasangan dan tunggu masa je untuk menikah. Hujung tahun 2008 ada sorang staf yang tua lebih 2 tahun daripada saya kahwin dulu .2bulan lepas berkahwin dia disahkan mengandung.Alhamdulillah. Pada masa tu pula saya dah bertunang . Pada bulan March 2009 saya berkahwin. Sampai bulan 5/6 2009 ada sorang staf lelaki dekat opis saya pula yang berkahwin .2bulan lepas tu bini dia disahkan mengandung.

Saya pun menumpang jela happy dalam sedih dengan cerita bini staf lelaki tersebut yang bini dia mengandung dan akak tu yang perutnya semakin memboyot besarnya.Dalam hati waktu tu tuhan je yang tahu.Saya tulis semua luahan saya dalam facebook yang pada  masa tu baru je popular dan juga blog 'umum' saya itu. Habis kena marah dan perli dengan kakak dan mak sendiri. Katanya jangan mengeluh ....jangan mengeluh..Akibatnya saya lrasa jauh hati dengan mak dan kakak saya yang pada pendapat saya langsung tiadak faham perasaan saya macammana.Waktu tu rasanya saya dah kahwin 6 bulan.Saya rasa dunia betul2 kelam dan takde tempat nak mengadu.Mak mertua? segan pulak nak mengadu sebab ada sejarah dalam keluarga husband pun ada yang tak ada anak.Segan rasanya..

Sepanjang  masa dua bakal mak dan ayah di opis saya tu bercerita tentang ke'happy-an' dunia baru yang bakal diorang tempuhi, staf saya yang lelaki tu asik menyakitkan hati saya.Hari2 duk kata macam2 dekat saya.Saya memang sakit hati dengan dia sampai satu masa rasa macam nak g cucuk perut bini dia dengan pisau ( sedangkan bini dia xpernah bersalah dengan saya).Punyalah pendendam ..Pada waktu tu saya memang berangin satu badan..Tak boleh jumpa dengan staf saya ni rasa nak bergaduh je.Saya rasa sepanjang setahun tu duk perang dingin je dengan dia. Langsung tarik muka 14. 

Masuk tahun 2010 bulan Mac ( setahun selepas saya kahwin, kiranya anniversary saya la) ada sorang staf perempuan saya kahwin jugak.Kahwin muda, umur dalam 21-22 tahun masatu kalau xsilap.Lepas 2 bulan lekat.Yang tak tahan dia tulis dekat FB 1+1=2+1=3 dan dia komen pagi tu akhirnya setelah bertungkus lumus.Saya sepatah pun xbalas/komen kat db dia..Selepas baca status dia aiyo merah padam muka saya.Saya tatau nak kata apa.Saya tergamam terdiam terpaku tersegala ter la..heheh..Waktu tu kakak yang mengandung pada tahun 2009 tu mengandung pulak kali yang kedua.Yang staf lelaki tu rasanya kalau xsilap bini dia baru bersalin.

Makin rancaklah perbualan ibubapa ni.Pada masa tu ada 2 mak buyung yang perutnya yang semakin membesar dan seorang bapak budak yang baru nak membesarkan anak beliau..Pada masatu saya rasa saya memang terpinggir.Rasa macam xboleh nak bercampur gaul.Rasa jauh hati.Maka saya memang menjauhkan hati sepanjang tahun tu.Nasib baiklah tahun 2010 tuhan bagi saya outstation merata2 sampai ke USA.Boleh kata selang 2 bulan ada je tempat saya pergi dan lawat.Alhamdulillah ternyata tuhan tu maha adil dan dia tahu resah lelah dan kesedihan hati ni.Takde tempat lagi nak mengadu.Sebelum tu saya ada kawan yang TTC hanya 6 bulan.Lepas tu dia lekat dan bagitau saya dia mengandung lepas dah nak masuk 2 bulan lebih masa dia post dalam FB dia bleeding.Sepanjang 2tahun tu memang hati dan jiwa raga saya terseksa bagai nak rak dan boleh kata nak nangis hari2 sampai dah xde airmata nak keluar rasanya .Terutama bila datang bulan..huhu

Hurm saya apa lg, rasa dah takde tempat mengadu .Mula lah duk mencari2 dalam web mana ada tempat orang yang macam saya ni lagi dan apa yang diorang buat untuk mengatasi rasa sedih mcm ni..Saya pernah terbaca blog kak irtiyah beberapa kali semasa mencari pasal lama berkahwin tapi tidak mengandung dan rasa bersemangat sangat dengan apa yang beliau lalui dan ternyata ada juga orang lain yang mengalami situasi seperti saya. Kemudian pada tahun 2010 saya diperkenalkan dengan dunia TTC blogging ni oleh Mira ( Waiting for Miracles to Happends).Rupanya selama ni dia dah baca blog saya yang 'umum' tu sebelum saya betul2 ambik keputusan nak bukak blog ni.Lepas tu yang bagi cadangan join TTC ni adalah eimma .Rasanya kak irtiyah pun ada pernah komen dekat blog umum saya tu kalau xsilap sewaktu post saya yang berkaitan dengan TTC ni.Terima kasih pada kawan-kawan sekalian yang membuka minda dan jiwa saya ni.

Alhamdulillah mira dah menjadi ibu kepada twins yang sangat comel dan eimma dah pregnant dan menunggu masa saja lagi..

 hurm...bercerita tentang staf saya yang lelaki tu, anak dia sekarang dah berusia 2tahun.Dan dia dan wife sekarang sedang usaha pulak nak dapat anak tapi belum berhasil. Saya nampak banyak kali jugak wife dia tulis dalam fb belum ada.Belum berhasil dan dia pun nampak gayanya macam sedang berusaha pulak. Saya bukan nak kata tuhan bayaq kat hang cash.Rasanya tuhan nak bagi hang rasa apa yang aku rasa atas apa yang buat pada aku dulu.Saya tak bersikap pendendam ..dah lama saya maafkan dia atas apa yang pernah dia buat dulu.Sekarang pun dah ok dan dah takde rasa nak marah ke apa dah pada dia.Biarlah peristiwa ni jadi iktibar pada masing2..

Benar roda itu sentiasa berputar..



wassalam..


6 comments:

  1. insyaAllah masa kita akan tiba jua :)

    ReplyDelete
  2. Itu la cherry. InsyaAllah mse kita akan tiba juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan tiba juga masa itu.kun faya kun

      Delete
  3. Salam kenal dari Umaira....
    Dah follow blog kamu
    pasni boleh share citer...

    Moga ada keajiban suatu hari nanti...
    : )**keep in touch

    ReplyDelete