Followers

Showing posts with label hati perasaan. Show all posts
Showing posts with label hati perasaan. Show all posts

Friday, 20 April 2012

Yer saya memang takut dan berjaga2

Assalamualaikum semua.

apa khabar?harap semua sehat2 je dan sentiasa di bawah lindungannya AMIN..

Bagi yang tak tahu perkembangan saya, alhamdulillah sekarang dah masuk 3 bulan :).

Entry ni bukan apa .ni renteten peristiwa yang saya alami sepanjang pregnant nila..hurmm

Sepanjang saya pregnant ni saya memang takut, takut sebab:

1) Pisang berbuah dua kali-alhamdulillah bila dah melepasi 8weeks rasa legaaa sangat hati ni tapi still berjaga2.

2) Setiap kali nak makan ker atau buat sesuatu mesti fikir.Dah lama tunggu baby ni, nak jaga pun sangat nak menjaga-jagalah.Boleh kata benda yang xboleh makan, yang kena pantang semua nak buat betul2.Tapi, tula.Bila kita duk tanya dengan orang yang tak pernah TTC diorang akan macam nak gelakkan kita.Dialog dia lebih kurang macam ni.

Saya: er yang ni bukan ker xboleh makan ke?
si a: Ala xpa.takut ek?
Saya: Was-was sikit nak makan.
si a: xpa makan jelah sikit ( duk senyum2)

Saya tahu dia tak bermaksud apa2, tapi sebab kita ni bukan normal sangat mcm dia.So, sikap berjaga2 tu adakah berlebihan ker? atau apa ek?ntahlah sebab 1st , saya pernah gugur, 2nd tunggu lama lepas tu.Jadi sikap berjaga-jaga sangat .huhu

Oklah semua, dont give up yer..Saya doakan ada lagi berita gembira lepas ni..adiosss

Tuesday, 1 November 2011

Video yang meruntun jiwa..huhu "Genesis" [in 3D]-




salam semua,saja nak kongsi video ni.

sebenarnya dah lama nak kongsikan. tengok video ni masa program ala2 motivasi.

so tengoklah macamana daripada sperm+ ovum jadi=blatusta=zigot=fetus=baby.eh betui ka turutan ni? correct me if i am wrong.

sampailah masa bayi tu lahir. ya ALLAH indahnya ciptaanmu itu.

semoga kami semua pun beroleh keajaiban ini ya ALLAH..AMIN YA RABBAL ALAMIN.

P/S: abaikan muzik video di belakang.hehe

Friday, 23 September 2011

i am quit

salam..



Rasanya tau dah sebab apa tuhan xnk bg lg anak.sbb diri sendiri dgn dh xdapat manage hidup dengan betul.semalam dalam hati macam nekad kata, xpala xnk anak pun xpala..biasalah laki bini gaduh2 manja.tp tah.letih sgt dahla.i am quit from ttcing..bye bye..selamat berjaya semua.bukan putus asa dah ni.ni putus harapan..malas pikior dah..wassalam.

Tuesday, 20 September 2011

senang sangat kan?

Assalamualaikum..

Semalam baca status fb sorg kawan yg dah ada anak 2.beranak tetiap tahun. dia kata mcm nak beranak lagi.hurm..yela orang sng lekat mcmtu la.senang je kan buat anak mcm buat apa je.sng je..yela orang subur macam tula..bolah planning.kita mana boleh.xplan pun xjd..haishh suara2 dengki kedengaran betul la warga ttc mcm saya ni.hurm..kenapa ek? asik dengki je.macamanala rezeki nak lekat kalau asik dengki dan tak berubah attitude. ya ALLAH ampunilah dosa hambamu ini ..

Monday, 15 August 2011

Apabila

Salam semua..tahniah pada mira dan vv sebab kamu2 dah pegnant..alhamdulillah gembira sangat..



link

Mira: paling awal2 kenai saya dekat blog lagi satu melalui yummy mummy.Mira buat iui dan lekat.Kali keberapa tak igt.sila lawat blog dia.ini link .mira

VV; kenai dalam sebulan ni je sebab terbuka link dia dekat sapa tah.tapi lepas dia preggy dia kata nak tutup blog dia.hurmm.vv pernah gugur katanya..after 9month lekat semula lepas gugur..

Walau macamanapun cara mereka preggy..alhamdulillah itu semua kuasa tuhan..

Sebenarnya title post ni ada kaitan dengan posting dalam fb saya pasal preggy mummy juga..Maaf jika menyinggung perasaan kamu ye dearie TTC frens yg dah berjaya.

Bukak fb bulan2 posa ni ramai betul mummy sembang dengan baby dalam perut nak buka posa apa....huhu tetiba teringat.Kalaulah tak gugur haritu..sekarang ni dah nak masuk 4month of pregnancy..huhu.Ya ALLAH sedihnya..Rasa macam nak menangis..Baby dah gerak2..Sebak membacanya walau ku komen juga status kamu preggy2 mummy..

Jalan2 shopping complex, banyaknya org yg mengusung baby..Jeles ke saya? Envy ke?Duk jeling menjeling..seboleh2nya macam xnk pandang..sedihh
link

Ya ALLAH jauhkanla hambamu ini daripada bersikap jeles, dengki, envy...Tolonglah pergi jauh2 perasaan itu..

Sekian..

Monday, 1 August 2011

Dilema..

Salam semua..

online ni masa tunggu hubby g sembahyang tarawih.Harini saya xdapat berpuasa sebab period hari ke -6 lepas gugur haritu. Saya sebenarnya nak sangat mula minum air buah hawa dan serbuk kurma jantan tu.Tapi hubby saya taknak pula ..

Saya: Nak baby...kena minum air ni start bulan ni..
Hubby: Taknakla..kita dengar cakap doktor la..kata tunggu 3 bulan..

Saya: xsemestinya lekat..
Hubby: Habis minum tu bukan usaha untuk lekat ke?
Saya: Orang lain selamat je..si F tu lepas gugur lekat semula....takkan nak tunggu lagii..
Hubby: awak xsehat lagi..
Saya: dalam hati kecewa...( duk termenung tengok buah hawa yang ada 7 pasang tu..)
Hubby: kalau gugur lagi camana?
Saya: dalam hati duk kata( tu semua kuasa tuhan)hurmm yelaa..

Haritu masa saya g sudden honeymoon dekat langkawi ada sorg staf kat opis melawak dengan saya:
z: Lekat lagilah ni dah g langkawi..hehehe
saya: mmm... doc xbg, suruh tunggu lagi 3 bulan lepas gugur..
z: doktor tu bukan tuhan..
saya: gulp.hehehe..yela ..betul la..

Masa pantang.
Saya: Doc suruh tunggu lagi 3-6 bulan baru selamat..
Mak saya: ala..dulu dah lama tunggu takkan nak rancang2 lagi kot?
Saya: hurmm..

Period ni pulak duk ting tong je..hari 27hb dia datang 4 hari pastu stop pastu ada balik..ni esok tataula boleh puasa ke x..


I just want to try to conceived once again..n doing rite this time..

http://haldentubbss.blogspot.com/2011/07/top-baby-girl-names-and.html

Thursday, 14 July 2011

Gembira dan Sedih

Salam bubblies....


Lama betul tak update ye..ada yang rindu x?
Bz sikit la katakan xsempat nak update langsung.Cuma blog hopping dekat blog kawan2 ttc pun sat baca sat tutup xsempat nak komen langsung.

GEMBIRA
Apa yang gembira? gembira untuk 4org sahabat yang baru melahirkan.2 daripada mereka lepas 2tahun lebih nak masuk 3tahun kawin melahirkan,sorang lepas 4tahun. sorang lg lekat teruih..hehe

kawan 1: Yang sorg tu haritu anak dia meninggal lepas 8bulan pregnant. Baby dia mati lemas dalam perut.Kemudian lekat (mengandung) lagi, barulah akhirnya selamat melahirkan.

kawan 2: Yang sorang lagi, anak pertama dia dan 1st pregnancy .Dia jumpa gynea makan clomid lepas 2tahun lebih lekat alhamdulillah. Jadi haritu masa dia belum pregnant selalu la sembang dengan dia. Dia paham perasaan kita. Ya ALLAH nama anak dia pun panjang IRIS something ..xingat dah. I am happy for you dear.

kawan 3:Yang sorang lagi kawan, anak dia xcukup bulan.1.35kg. Isk kesian sangat2..Tapi kawin terus lekatla..:)Tapi bila teringat member yang ni, duk teringat la masa saya preggy 1bulan haritu terjumpa dia dekat JUSCO dia pesan jaga kandungan elok2..huhuuh..abaikan..

kawan 4: office mate..dulu pernah keguguran.lepas 4tahun lekat dah.alhamdulillah..

dan 2 orang daripada mereka saya mintak dia bacakan doa untuk saya cepat2 pregnant semula.pernah dgar petua ni? kawan saya pesan cuba lah pesan pada ibu yang bakal melahirkan mendoakan tatkala mereka sakit nak bersalin ( kalau berkeupayaan la).So sekarang saya aim je sesapa kwan..hehe..cubalah mana tahu menjadi.berusaha kan?


SEDIH
Hubby kena batu karang plak doh..duk sakit aja.kesian sesangat..

the end

Friday, 10 June 2011

Nak tanya?

Salam kawan2 ttc sekalian..xpa ke saya update pasal perkembangan kandungan saya?huhu..takut ada yang terguris /terasa hati pula nant..need your feedback soon..:) wassalam..

Tuesday, 24 May 2011

Kawan karibku yang sorang itu

Susah benor nak update lately.Banyak sangat keje. Kalau dah masuk wat eksperimen dan ada projek atau research besar besaran macamni la..Nak blog hopping pun susah..nak tulis post pun susah.Balik rumah terbongkang tengok tv..ehhehhe..

Saya ada sorang kawan sekarang dah ada sorang anak dan will coming soon tambah lagi sorang. Pernah dah post cerita pasal dia yang dah xberapa nak layan sangat aku dalam fb tu. Kalau masuk fb asik2 sembang hal botol, susu, pastu g sembang2 dgn ibu2 lain.Dengan aku ni, x ingin di tegurnya. Semalam dia kata, hai lama xsembang,

Yela selama ni aku duk tercangak situ, ko xnk sembang dgn aku.Ko gi sembang pasal susu, botol, anak dan bla2..tahla...ni makcik nak datang la ni..bebelje..hehehe

Monday, 9 May 2011

I am confused and on doubt with myself

Salam semua..

Harini rasa keliru/was-was..Ish xelok kan perasaan macam ni.Minta dijauhkan sangat2.Tapi memang la ada rasa keliru.Betul ke ni nak baby? betul ke?kenapa nak?boleh ke jaga? Apa dah jadi dengan aku ni? apesal tetiba jadi macam ni?

Pernah tak kawan2 rasa macam tu? rasa confused.rasa dah putus asa.malas dah nak usaha. Sebenarnya dah macam malas nak usaha even dah minum buah hawa for several day. Rasa macam dah xde jalan. Tapi tak, banyak je jalan dan usaha tapi rasa dah xsepenuh hati.Macam dah xsepenuh hati nakkan baby. Dalam hati kata, ah lantakla.Nak dapat ,dapat, xdapat sudah.gitu?

Tapi bila tengok fb orang duk update pasal mengandung, baby bergerak dalam perut, berapa hari lagi nak bersalin, xlarat, pening, penat jaga anak.. Actually I am a bit sad with my best friends with her answer when I talk about this things with her. Dia kata, semua orang ada kesusahan masing2.Jadi bersabarlah ye kawan.hehe.. I just then choose not to talk this again with her.Merajuk saja. Buruk benor.I know her sad situation is different with me.Of course.She is adopted child, but then married.Get child and then preggy again.Once, she said, I dont want to have a child anymore, it is so hard even to nurture one child.hehe..and then? bila bukak fb ,her main intress is on child ..semua komen dia akan ditujukan pada orang ada anak, orang ngandung. As if she is the specialist on that particular field.I just so envy with you my friends...melalut..


N of today story...

Sunday, 24 April 2011

Mengeluh& merungut

salam pagi ahad,

Sebenarnya saya sangat letih ,penat,kesal dengan perkataan di atas.Acap kali apabila saya mengatakan saya sedih menanti cahayamata.Sure kena kata macam ni dengan my famili. Sedih tau tak..

Sedangkan mak sendiri masih xpaham apa yang saya rasa. Masa lepas setahun kawin, dia kata janganlah tak sabar sangat, ada orang lain tunggu lagi lama. Kakak saya lagi best, ala ada orang tunggu 14tahun .Lagi lamaa..yela habis tu? salah ke bersedih? bila cuba diluahkan perasaan macam ni la.Orang yang xpaham akan jawab macam ni. Famili sendiri pulak tu. Lepas tu , I choose not to tell them anymore apa yang saya buat.Lantaklah bukan nak kisah pun. Kalau kisah, sure ada suggest mana2 bidan ke, doktor ke, petua ke.Ni xde.So , aku berusaha sendiri dan terkapai2..

Lepas dah setahun lebih, dah buat treatment ke? Sebenarnya agak malas dah bercakap perkara ni dengan deme.Deme sememangnya xpaham dan takkan paham. Maka jawab acuh tak acuh.

Lepas 2tahun, hai bilalah agaknya mak boleh dapat cucu perempuan pulak ni. Yang lelaki dah dua..sedih kan you guys.Memula kata xkisah, lepas tu xambik berat pun, xpaham pulak tu, then mintak pulak.

Bila mengadu dekat fb, dikatanya kita ni kuat merungut, ..xpaham betulla, berapa kali nak ulang kata macamtu tak. As if kita ni macam orang yang xpernah bersyukur.Sebab tu lebih selesa bercakap dengan kawan2 je..

Sedih ok, dahla ISNIN ni bakal bermusibah sebab sesuatu.Ya ALLAH tabahkanlah hati hambamu ini..amin

Tuesday, 19 April 2011

Hati terluka

Salam semua..

Rasa macam nak tutup blog yang lagi satu tu sebab ramai sgt orang kenal, sekarang jam menunjukkan 1.42pm.Waktu rehat ini, ku duduk diam2 di ofis selepas penat melayan tok arab dan sampel2 berlambak dalam lab. huish..mak2 buyung sekalian pergi ke nursery menetek anak n bla2.Tak ajak langsung.Huish..Yang lain2 keluar makan.Bos dan pekerja kesayangan pergi ambik anugerah cemorlang gitu..I? Tak cemerlang langsung lepas 6 tahun.Tak nampak di mata.Sampah je kot..


Harini nyahaktifkan fb sebab nyampah kot..Apabila teman2 yang ber'anak' tayang anak masing2, susu botol, tukar lampin. Anak meneran tengah berak pun nak tunjuk kata comeinya. N nyampah kot dengan fb buat seketika apabila ada teman yang dah perang dingin kejap terus malas kawan dengan aku sangat.Biarlah dia, time dia xde kawan, susah2 cari aku, boring2 cari aku..Bila dah ketemu kawan 'baik' dia yang tipu aku nak bayar hutang rm40 total ( sebab janji dgn orang lain konon nak kongsi beli hadiah kawin).hahaha..aku takkan maafkan ko.Sebab apa ko jawab 4tahun lepas, takkanlah aku nk pergi mintak dengan budak2 tu kot duit kongsi tu.Haram..tiga kali aku tanya.ko takkan aman.Aku takkan redha hutang ko tu.

Semalam nyampah kot sembang dgn si E ni.Pok pek2 cerita orang tu nak beranak, Orang ni nak beranak.Ramai nak beranak dia kata.hehehe...tahun ni ramaiiiiiiiii..haish..aku buat muka hipokrit senyum sinis bertanya kabarenya.hehe At least aku ambik berat kan?pastu tersebut sorang kawan bernama U. kakak dah pangkat dia..Si E tanya, dia ni bila nak kawin ye?hahaha...kerek sehhhhhhhh...zassssssssssss