Followers

Showing posts with label mama. Show all posts
Showing posts with label mama. Show all posts

Thursday, 13 February 2014

Apa khabar setelah lama menyepi..

Assalamualaikum..

Lama tak baca blog kawan-kawan..

Lupa?

Tidak saya tidak pernah melupakan kawan2.

Mana mungkin dilupakan dengan kawan-kawan lain..yang pernah mendengar membaca dan memberi semangat pada saya..

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik..

Maaflah sekiranya ada yg tersinggung tatkala ruangan facebook dipenuhi dengan gambar si kecil yg umurnya sudah masuk 1tahun 4 bulan..

Ada yang dah unfriend saya...yer saya baru perasan ..tak mengapalah jika itu yang menyenangkan hati beliau..mungkin ada perkara yang menyinggung perasaan..saya mohon maaf..

Alhamdulillah rezeki saya murah kali ni..lepas 8bulan si kecil kenal dunia..

Tuhan berikan saya seorang lagi nyawa..syukur..saya tak merancang..

Biarlah ada yg kata..amboi cepatnya..

Jawapan saya, rezeki..dulu lama menunggu..terima dengan seadanya..

Benar saya memang x merancang..

Walaupun saya tahu dan ramai yang bagitahu kan ceaser..kenapa tak rancang makan pil jamu dan sebagainya..nanti beranak kali kedua ceaser lagi...

Biarlah saya merancang secara normal..

Usia kandungan sekarang dah mencecah 7 bulan..

Doakan saya yer..

terima kasih semua..


Thursday, 15 August 2013

Assalamualaikum dan selamat hari raya

Assalamualaikum semua.

Selamat hari raya pada semua kawan-kawan dan teman-teman yang pernah baca blog ni..alhamdulillah airis dah berusia 9 bulan lebih.Kepada kawan-kawan yang masih berusaha inshaALLAH saya doakan rezeki kalian akan datang juga nnt..amin...igt u are a very tough person dan insan yang terpilih aminn...

Friday, 15 February 2013

Maaf maaf maaf....




Assalamualaikum semua..

Nak memperkenalkan bagi yang takde facebook saya dan tak follow blog lagi satu..

Inilah permata hati saya sekarang..nama dia Airis Fatiha Bt Muhamad Habibudin..

Dilahirkan dengan berat 2.9kg, panjang 47cm pada jam 2.45 petang 16 Oktober 2012 di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah ,Temerloh ,Pahang.

Esok umur si kecil ni genap 4 bulan..

KISS KISS makcik2 semua..:) in shaa Allah ada masa terluang saya update lagi ye...

Thursday, 29 March 2012

Apa khabar semua?

Assalamualaikum semua..

Lama tak jenguk2 blog kawan2 semua( ni duk buat ayat sama lagi)..apa khabar? sehat ke? saya baru je jenguk2 blog -blog kawan2 tapi xsempat drop any comments .Mengakibatkan blog saya basiii..hehe dan post yang sebelum ni, ada sesiapa yang terasa ke dengan luahan saya tu? ntah2 xda sapa baca dah sebab tuan tanah pun xturun padang..heheh

Hurm buat masa sekarang saya update perkembangan saya dekat blog lagi satu. www.secretogarden.blogspot.com.Kalau sudi boleh la datang jenguk :).

Hurm..apa nak tulis ek,tahun ni famili saya bakal dapat 2 cucu..hehehe..kakak dan saya. Kakak anak ke 3, saya yg pertama la.Yang kakak duk teringin sangat anak perempuan sebab yang dua orang tu dah heroo..dia teringin baby girl pulak kot.:)

Kalau orang tanya, senang je saya jawab, saya xkesah la anak perempuan atau lelaki asal sihat tubuh badan semua dah bersyukur. Tapi kalau ikut hubby, dia selalu kata teringin anak lelaki. saya kata xkesahla.Ini tuhan dah nak bg peluang kita patut bersyukur dan redha.

Selama ni pun, sebelum pregnant pun kita usaha pastu berserah padaNYA je.Pada saya, saya redha jela dengan ketetapan DIA, DIA dah menentukan yang baik untuk setiap insan.InsyaALLAH.

Minggu ni dah 10 minggu .2 minggu lagi nak habis first trem.alahan xteruk, nak kata muntah tu just muntah angin je kot. cuma kadang badan rasa penat sangat dan saya ni tiap kali duk usha perut.eh pregnant ke ?perut macam xbesor lg.lemak je terlebih kot sbb kain baju kurung udah ketat..

GUD LUCK YER SEMUA..

Sunday, 26 February 2012

Syukur ,Alhamdulillah,Allahuakbar

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu ingin memohon maaf sekiranya berita ini bakal menyinggung rakan2 ttc yang dikasihi sekalian..Saya paham sekiranya berita gembira ini ada yang menyebabkan  hati2 yang lain sedikit terguris kerana saya pun pernah alami yang sama..

Saya telah disahkan mengandung semula :) .Baru je 5 weeks plus.Tak sangka pun ada sebab duk perang dunia je dengan encik suami .huhu..Jika dapat diimbas kembali, saya pernah keguguran pada bulan jun 2011 selepas 2 tahun berkahwin.

Amalan untuk pregnant semula?Ini ada rentetan sebulan yang lepas yer kawan2.InsyaALLAH saya cuba kongsi mana yang dapat membantu.Apa2 pun semua rezeki ni datang dari ALLAH swt sahaja.Satu keajaiban yang tidak mungkin kita dapat rungkaikan..ok?

Sebulan yang lepas, saya start ambil EPO dan HABBASTUS SAUDA keluaran HPA. Breakfast pulak makan cereal dan susu. Saya dan hubby start berjoging, bersenam, naik turun tangga sebab kalau ikutkan plan kitorang, bulan 5 nak naik gunung kinabalu. Bulan 3 pulak masa anniversary nak ke Krabi , so dah ambik kelas berenang ( belum start lagi). Tapi kiranya kami berdua dah ubah lah aktiviti hujung minggu dengan beriadah..Hubby pulak haritu ada makan madu dan minum susu HI GOAT.

Dan kami berbd pada waktu subur yang saya sediri pun xtau betul ke x tarikh subur tu disebabkan kitaran ada sedikit tak berapa betul sejak 3 bulan lepas.Sekejap 28,32,30 hari..wallahualam..

Semua ni ketentuanNYA. Mohon doakan keselamatan dan kesihatan kandungan saya kali ni ye kawan2.terima kasih.semua update pasal kandungan saya , saya akan kongsikan di blog lagi satu.

.www.secretogarden.blogspot.com..

Kalau sudi silalah jenguk yer kawan2..gud luck semua saya doakan agar ada berita gembira lagi lepas ni.AMIN

Thursday, 20 October 2011

Tetiba rasa macam dot dot dot

 link


 Salam semua,

Lama betul xupdate blog la.Yela tengah sibuk dengan kerja, rumah renovate. Memang tahap semak gaban..Maka tuan punya blog pun menyemak je lebih xde masa. Yang duk wat sekarang dengan dunia TTC duk lepak dekat FB jela..Dekat group TTC kekda create tu. Kalau x, satu apa pun tatau dah pasal dunia TTC ni.Pastu sebab rumah renovate , saya pun pergi bercotii.. Konon honeymoon la.Tapi kalau berbaby dancing pun bukan time terlur menetas. hehe..

Masa g bercuti tu terserempak sazzy falak dan nazril serta their cute twins.. Oh tapi saya malu nak tegur. Yela ala2 orang kampung ..Bukan reti nak tegur artis2 ni..ngee..tp sangat inspire dengan twin mereka yg xseiras itu..

Tadi dah buat blood test untuk thyroid .Tunggu lagi sebulan ye. Ada orang kata kalau ada penyakit ni xleh preggy. Tatau la kuasa tuhan..tunggu jela ye..

Boleh dak tetiba nak berangan rasa macam preggy..hehe..kesian sungguh la sat orang kata dia ni asik berangan saja..huhuhihi..Biasalah orang TTC macam ni la..

Minta maaf sangat2 sebab xdapat nak melawat blog kawan TTC yg lain. Dengar2 ada cerita gembira..alhamdulillah kepada bakal ibu itu ye....:)

wassalam..

Saturday, 25 June 2011

Syafaat baby yang gugur..

Dari Muadz bin Jabal, Rasulullah bersabda,
“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya, sesungguhnya bayi yang gugur
benar-benar akan menarik ibunya dengan tali pusarnya
ke surga bila ibunya rela dengan itu
(ibunya bersabar dengan kehilangan anaknya).”
Ibnu Majah, Kitab Janaiz, 1632

bg yg meninggal mase kecil (belum baligh),
Aisyah berkata, “Rasulullah diundang untuk melayat jenazah seorang anak kecil dari kalangan Anshar. Aku (Aisyah) berkata, ‘Wahai Rasulullah, alangkah beruntungnya anak ini. Ia salah satu burung diantara burung-burung di surga. Ia tidak pernah berbuat keburukan dan belum pernah menemuinya.’ Rasulullah bersabda, ‘Apakah engkau tahu yang selain itu, wahai Aisyah? Sesungguhnya Allah menciptakan penghuni surga yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula. Dan Dia menciptakan penghuni neraka yang telah Dia tetapkan untuknya saat mereka masih berada di tulang sulbi ayah mereka pula.”[29]

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah bersabda, “Anak-anak kaum muslimin itu berada di sebuah gunung di surga. Mereka diasuh oleh Ibrahim dan Sarah sampai mereka dikembalikan kepada ayah-ayah mereka pada hari kiamat.”
Shahih Al Jami’, 1023

Syafaat Anak Bagi Kedua Orang Tua yang Sabar Atas Kematian Anaknya
Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah bersabda, “Tidaklah sekali-kali sepasang muslim ditinggal mati oleh ketiga orang anaknya yang belum baligh, melainkan Allah akan memasukkan keduanya bersama anak-anak mereka ke dalam surga berkat karunia dan rahmat-Nya.” Abu Hurairah melanjutkan, “Dikatakan kepada anak-anak tersebut, ‘Masuklah kalian ke dalam surga!’ Anak-anak itu menjawab, ‘Kamu menunggu kedua orang tua kami’. Perintah itu diulangi tiga kali, tetapi mereka mengeluarkan jawaban yang sama. Akhirnya, dikatakan kepada mereka, ‘Masuklah kalian bersama kedua orang tua kalian ke dalam surga’.”
Bukhari, Kitab Janaiz, 1171

Thursday, 23 June 2011

abort at 5am-update story

kegembiraan yg hanya sementara..

abort at 5am

ASSALAMUALAIKUM                                                                                                                                                                                                  
 TatkALA JARI JEMARI INI MENULIS SEBENARNYA SAYA TGAH BARING DAN UPDATE PUN GUNA HANSET JE NI.. TP SEBAB NAK BERKONGSI JUGA PENGALAMAN DENGAN KAWAN TTC SEMUA JADI SAYA CORETKAN MACAM DIARI SEBELUM SEMUA INGATAN ITU HILANG BEGITU SAJA.BIARLAH MEMORI DAN PENGALAMAN INI MENJADI PENGAJARAN DAN PENGALAMAN UTK DIKONGSI BERSAMA KITA SEMUA.. SEPERTI MANA POST YANG SEBELUM NI.ARAKIAN MAKLUM SAYA TENGAH MC DAN DALAM KEADAAN THREATEN MISCARRIEGE. PENERANGAN THREATEN MISCARRIEGE TU ADA DALAM POST SEBELUM NI. DALAM 1 DLM 4 WANITA MENGANDUNG AKAN ALAMINYA. DAN DRPD ITU, THREATEN MISCARRIEGE NI BIASANYA 50-50. SELAMAT ATAU GUGUR.     

SAYA ANTARA YANG GUGUR. SEBELUM SEMUA NI TERJADI, JAM 9 SAYA DAFTAR BUKU MERAH KLINIK IBU DAN ANAK UNTUK PERTAMA KALINYA DALAM HIDUP.PAGI TU SAMPAI TENGAHARI BLEEDING DAH XDE.PETANG ADA SPOTTING.JAM 8MLM BILA HUBBY DAH BALIK, LEPAS MAKAN RASA CRAMP SATU BADAN. PINGGANG, TULANG PUNGGUNG,KAKI .RASANYA LEBIH SAKIT DARIPADA SENGUGUT YANG SAYA PUN XSELALU RASA.JAM 10 MALAM SAYA MENGGELETAR KESAKITAN.PAD DAN HABIS 4 DENGAN DARAH PEKAT WARNA MERAH. JAM 11 BERGEGAS KE WAD O N G. SCAN BABY MASIH HIDUP TAPI DEGUPAN JANTUNG MASIH ADA DENGAN RITMA YANG TAK TETAP.BUKAAN DKT BABY MASIH TERTUTUP. SAKIT CRAMP DAH HILANG.LEGA  DAN ADMIT JAM 12.30.SAYA LENA TIDUR.JAM 4 PAGI TIBA2 RASA CRAMP TU DATANG LAGI TP KALI NI LEBIH HEBAT. MASA TUHAN JE YANG TAHU. SAYA ISTIGFAR BANYAK2 TENANGKAN FIKIRAN.

TP XTAHAN SAYA KE TOILET. LAMA DUK BERTAPA 10MINIT.KELUAR KETULAN LEBIH BESAR DR YG SEBELUM NI.WARNA PUTIH KELABU DAN BERSELAPUT.KEMUDIAN SEKETUL DARAH KETUL.HATI MASA TU LULUH.RASA NAK PENGSAN.SAYA PERGI KEJUT MISI, DAN DIA AMBIK SAMPEL TU. SAYA CAKAP PADA MISI, SAYA RASA BABY DAH KELUAR NI.JAM 5.30 MASUK BILIK SCAN.JAM 6 DOC SAHKAN SAYA GUGUR.MASATU MEMANG XBOLEH NANGIS.SAYA MEMANG TAHAN AIR MATA NI MENGALIR.TP TUHAN LG MAHA MENGETAHUI APA ISI HATI SAYA MASA TU.JAM 7.BARING DEKAT KATIL.TERUS MENANGIS.SAYA XPERLU D N C IAITU PROSEDUR CUCI RAHIM SEBAB COMPLETE ABORTION.ALHAMDULILLAH KAMU SAYANG IBU KAMU KAN BABY.DIA XNK SAYA SUSAH HATI.JAM 8 HUBBY DATANG TANPA DITAHAN LAGI SAYA MENANGIS SEPUASNYA.JAM 1 SAYA DISHARGE.MC LG UTK 1MINGGU.  DOC MINTA SAYA RCG KELUARGA UTK AT LEAST 3BULAN UNTK PASTIKAN RAHIM KUAT UTK TERIMA BABY LG.SEMUA DOC DAN MISI BG KATA2 SMGT LEPAS NI BOLEH CUBA LG.NAK JE SAYA JAWAB, SAYA DAH TUNGGU 2THN..IRONINYA KAWAN2 ..

PADA USIA PERKAHWINAN 2THN2BULAN2HARI SAYA DAPAT TAHU SY PREGGY.2BULAN DIA HIDUP.2MINGGU SAYA BLEEDING.SEPATUTNYA DIA DILAHIRKAN PADA 2.2.2012.MALAM TD SAYA MASUK WAD NUMBER 20 DI KATIL NUMBER 2.SAYA TETAP NAK BG NAMA PADA DIA WALAU XTAHU JANTINA.KALAU LELAKI HAQIM.KALAU PEREMPUAN HUSNA. KAWAN2 ADA YG KATA, BABY YG KEGUGURAN AKAN MENUNGGU IBUNYA DI SYURGA..

I LOVE U MY BABY. IBU REDHA DGN KETENTUAN INI..AMIN.

Tuesday, 21 June 2011

admit to hospital ...part 1

Assalamualaikum semua..harap semua sahabat2 ttc dan sesiapa jua sihat2 belaka..

Harini saya akan ceritakan pengalaman saya rentetan selepas bleeding yang pertama harritu..Yang pertama adalah pada hari ahad 12/6/2011 berlaku jam 10 pagi.Lepas buat transvaginal scan, baby ok. saya dapat injection dan ubat duphaston untuk kuatkan rahim.doc kata baby akan hidup 50-50. So, dia bg mc 2 hari aja.kes saya didiagnos sebagai threten miscarriege. Sepanjang minggu lepas saya sambung cuti for the whole weeks.Terima kasih hubby sebab banyak bantu saya.. Hanya tuhan je yang tahu perasaan minggu tu. Kawan2 semua mendoakan terbaik untuk saya..terima kasih..

 Kemudian ada kawan saya bagi petua amalkan zikir AL-MUHYI ( salah satu daripada 99 nama ALLAH)..yang bermaksud yang memberi nyawa dan mematikan. Selain daripada tu, saya amalkan baca al-fatihah, ayat kursi, 3kul dan apa2 yang terfikir dan diusapkan pada perut. Darah yang keluar pun semakin lama semakin kurang..alhamdulillah..

Tapi semua tu tak bertahan lama, sabtu 18/6/2011 jam 4 petang saya teringin sangat nak keluar. Hati ni memberontak sangat nak keluar rumah. Konon dah confident la kan? Lepas2 keluar tu, saya check pad saya darah banyak balik. Terus nangis teresak2 lagi. Menyesal sikit pastu kena bebel pulak dengan hubby, Kol my mum, dia suh pergi gh aja.Refer to emergency unit.

8.30 malam 18/3/2011. Kena check abdominal scan baby, tak nampak. Cemas dah. Refer to Ginea wad. Masuk bilik scan perot xnampak. Doc buat transvaginal scan dan dia ambik sikit tisu dari dinding mis v.Hish doc lelaki non muslim pulak tu. Hurm saya relakan jela..demi mu baby. Alhamdulillah degupan jantung kamu masih di sana, Rasa macam nak menangis je..Doc bagi mc 3 hari dan tambah ubat duphaston..

Lepas ambik ubat dekat farmasi , saya rasa xselesa sangat dekat mis v saya. Masuk toilet , sekali keluar darah seketul sebesar bola pingpong.. Ya ALLAH jantung saya macam nak jatuh.Baby ke ni?.Saya keluar toilet terus menangis dan rasa dah give up sangat. Dah sms pun my mum baby dah xde.. Kami pergi jumpa semula Ginea untuk dapatkan kepastian. Hubby pulak masa tu  dah tertunduk dan rasa dah give up dah.Doc  buat transvaginal scan semula dan alhamdulillah baby ada.Dan dia check ketulan darah tu , memang bukan tissue baby ..Hanya darah beku yang keluar maybe tindakbalas masa doc buat 1st transvaginal scan sebelum tu.Tapi utk 2nd check ni, doc ada masukkan satu alat macam penis plastik yang ada lubang di tengahnya, Di masukkan macam spatula untuk check bukaan dekat tiub fallopio saya. Sakitnya ya amat..Berpeluh2 saya dibuatnya...ada 2/3 kali dia jolok guna spatula tu..huhu..Lepas tu 5 org duk dalam bilik scan mcm jadi bahan pameran pulak.Sabo jela habis dah ternoda.

Jam 10.30malam, saya  admit ke hospital. Hanya tuhan je yang tahu perasaan masatu.Tapi rasa lega tu ada disitu sebab kamu masih ada baby. Kamu memang baby yang kuat sebab dah bermacam2 dugaan yang ibu lalui kamu masih ada disitu..Tatkla menulis ni rasa nak menangis pula..Perut dan pinggang masih rasa sakit..Nanti sambung pengalaman masa kat hospital dan masa discharge..




wassalam..nanti sambung lain


Sunday, 19 June 2011

Threatened miscarrieage

assalam semua..

saya mc sejak seminggu lepas dan menghadapi masalah ini..semalam dah warded then dapat mc sekali lg..nanti saya cerita ye pengalaman menghadapi semua ni,tuhan je yang tahu..doakan saya ye kawan2 semua..




Miscarriage

A threatened miscarriage or spontaneous abortion occurs in approximately 10% of pregnancies between 7 and 12 weeks of gestation. Symptoms include vaginal bleeding, abdominal cramps, and low back pain.

Miscarriage - threatened

Threatened miscarriage; Threatened spontaneous abortion; Abortion - threatened; Threatened abortion
Last reviewed: November 21, 2010.
A threatened miscarriage is a condition that suggests a miscarriage might take place before the 20th week of pregnancy.

Causes, incidence, and risk factors

Some pregnant women have some vaginal bleeding, with or without abdominal cramps, during the first three months of pregnancy. When the symptoms indicate a miscarriage is possible, the condition is called a "threatened abortion." (This refers to a naturally occurring event, not medical abortions or surgical abortions.)
Miscarriage occurs in about half of pregnancies with first trimester bleeding.
For more information, see: Miscarriage

Symptoms

Symptoms of a threatened miscarriage include:
  • Abdominal cramps with or without vaginal bleeding
  • Vaginal bleeding during the first 20 weeks of pregnancy (last menstrual period was less than 20 weeks ago)
Note: During an actual miscarriage, low back pain or abdominal pain (dull to sharp, constant to intermittent) typically occurs, and tissue or clot-like material may pass from the vagina.

Signs and tests

Abdominal or vaginal ultrasound may be done to check the baby's development, heart beat, and amount of bleeding. A pelvic exam will be done to check the cervix.
The following blood tests may be performed:

Treatment

You may be told to avoid or restrict some forms of activity. Not having sexual intercourse is usually recommended until the warning signs have disappeared.
The use of progesterone is controversial. It might relax smooth muscles, including the muscles of the uterus. However, it also might increase the risk of an incomplete abortion or an abnormal pregnancy. Unless there is a luteal phase defect, progesterone should not be used.

Expectations (prognosis)

Many women with threatened miscarriage go on to have a normal pregnancy.

Complications

  • Anemia
  • Infection
  • Miscarriage
  • Moderate-to-heavy blood loss

    copy from
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmedhealth/PMH0001906/

Monday, 13 June 2011

Ist bleeding on my 6 weeks of pregnancy


Satu pagi ahad yang hening semasa saya makan breakfast nasi lemak dan milo o.. Ku panggil suamiku untuk bangun sarapan sekali.Tetapi dia lagi syok tido...tak apala sarapan jela. Lepas tu, dalam pukul 10 terasa macam ada flow dan spot sesuatu dekat seluar yang dipakai...

Ya ALLAH ada darah..rasa gugup gusar jantungku.Rasa luluh ..rasa sedih.Ya ALLAH selamatkanlah bayi dalam kandunganku ini.adakah ini balasanmu kepadaku hambamu ini yang terlalu terlbih happy sebab mengandung? adakah aku telah mengguris perasaan seseorang? adakah aku telah berasa riak dan terlalu bangga. Ya ALLAH selamatkanlah bayiku ..Terus air mata ini mengalir..

Maka, sang suami dikejutkan dan diberitahu mengenai berita itu.. Terus kami bergegas ke klinik pakar .Walaupun dah tau dah caj dia mahal 2x ganda.Keranamu baby, ibu akan teruskan perjuangan ini. Berdegup jantung aku masatu hanya tuhan yang tahu..

Bila jumpa doktor. mula dia check guna ultrasound yang biasa, dia tak nampak baby tu.Isk riasau aku. Tengok si suami duk tertunduk dah kepala ke bawah untuk menerima dengan pasrah apa yang terjadi..Lepas tu guna alat apa aku lupa nama dia..yang dimasukkan dalam faraj tu untuk scan. Alhamdulillah masih ada heart beat.. rasa macam nak menangis..Bersyukur bayiku masih hidup..

Dr bg ubat Dhupaston iaitu sjenis hormon untuk kuatkan baby. Di kata baby saya xkuat, rahim kuat tp perlu banyakkan berehat dan diberi mc 2hr. Doc kata flow akan terjadi lagi tapi hopefully makin slow.Kalau makin banyak darah keluar, there;s nothing can be done ...gelap kejap mata dan hati bila doc kata macam tu. 2minggu lagi kena scan semula.

Harini isnin. pagi2 sebelum sembahyang subuh ada flow lagi, macam lagi banyak je.Macam air dan darah. Hati xkeruan, rasa mcam perutku dah kempis je..Perasaan bercampur baur mengatakan sesuatu.Jumpa doc lagi, doc kata rehat je.Jangan mop lantai.Jangan bersama..Mesti doc2 ni ingat saya bersama.huhu..ok tidak doc,saya sangat menjaga dan tidak dibenarkan lg..

Bila ku flash back semula..adakah sebab salah ku semasa berlari2 hari khamis lepas dekat airport sebab takut tertinggal flight?atau adakah tekanan dalam flight? atau adakah kerana aku termakan kuah rebung masa lunch dekat putrajaya tu..


Ya ALLAH, selamatkanlah bayiku ini ...rasa nak nangis je ni..