This blog is where i put my story of being special than other people.And i know, there is people who suffer just like me.just want to share my story with all of you..ttc friends..
Soriii ...Sangat lama tidak bersiaran..Lepas raya pun xsempat nak wish pada semua...Hopefully semua dalam keadaan sehat dan jangan lupa sentiasa berfikiran positif.
Tahniah kepada Jay Farhana iaitu TTCians yang dah berjaya preggy.Blog beliau saya lupa alamatnya.Tapi beliau juga saya nampak sangat Positif orangnya.Sangat suka dengan gambar2 yang dia ambik.If not mistakan sebelum dia pregnant , dia pergi melancong ke merata2 tempat dan buat macam2 dalam hidup dia.( from the picture that she post in her blog laa..)
So,kawan2...apa kata kita cuba buat sesuatu yang baru , menyeronokkan dan berhenti sejenak daripada memikirkan pasal perkara ini.Saya doakan semua kawan2 ttc xkan putus harapan dan meminta pada tuhan yang satu ( cuba jangan doa untuk dapat anak, cuba doakan yang lain2.)
Baru2 ni saya ada pergi kursus motivasi dan cadangan saya juga, boleh try baca 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE BY STEPHEN COVEY..
GUD LUCK SEMUA :)
Lots of love untuk semua..
p/s: saya dah nak masuk 9 bulan preggy..1 month to go or boleh kata boleh sampai bila2 masa sahaja untuk meletopp..doakan saya yer :) thanks
Lama tak jenguk2 blog kawan2 semua( ni duk buat ayat sama lagi)..apa khabar? sehat ke? saya baru je jenguk2 blog -blog kawan2 tapi xsempat drop any comments .Mengakibatkan blog saya basiii..hehe dan post yang sebelum ni, ada sesiapa yang terasa ke dengan luahan saya tu? ntah2 xda sapa baca dah sebab tuan tanah pun xturun padang..heheh
Hurm buat masa sekarang saya update perkembangan saya dekat blog lagi satu. www.secretogarden.blogspot.com.Kalau sudi boleh la datang jenguk :).
Hurm..apa nak tulis ek,tahun ni famili saya bakal dapat 2 cucu..hehehe..kakak dan saya. Kakak anak ke 3, saya yg pertama la.Yang kakak duk teringin sangat anak perempuan sebab yang dua orang tu dah heroo..dia teringin baby girl pulak kot.:)
Kalau orang tanya, senang je saya jawab, saya xkesah la anak perempuan atau lelaki asal sihat tubuh badan semua dah bersyukur. Tapi kalau ikut hubby, dia selalu kata teringin anak lelaki. saya kata xkesahla.Ini tuhan dah nak bg peluang kita patut bersyukur dan redha.
Selama ni pun, sebelum pregnant pun kita usaha pastu berserah padaNYA je.Pada saya, saya redha jela dengan ketetapan DIA, DIA dah menentukan yang baik untuk setiap insan.InsyaALLAH.
Minggu ni dah 10 minggu .2 minggu lagi nak habis first trem.alahan xteruk, nak kata muntah tu just muntah angin je kot. cuma kadang badan rasa penat sangat dan saya ni tiap kali duk usha perut.eh pregnant ke ?perut macam xbesor lg.lemak je terlebih kot sbb kain baju kurung udah ketat..
Walaupun saya bukan TTC dah buat masa sekarang.Saya sangat kagum dengan semangat anda semua.Ada yang buat macam-macam untuk TTC sedangkan saya rasa apa yang saya buat tu memang sipi-sipi je.InsyaALLAH berkat usaha kalian, pasti suatu hari akan berjaya juga.Teruskan usaha kalian, saya doakan impian anda menjadi kenyatan amin ..
Er Post kali ni bukan apa. Saya rasa, ini saya yang rasa la.. Memang patut kita share pengalaman kita yang hampir sama ni. Memang la ada org kata buat apa nak share? Benda ni kan privacy, ada yang rasa memalukan, mengaibkan . Cuba kita jatuhkan sikit ego kita tu.. Saya rasa kalau kita ni buat sombong2...xnak share dengan orang, xnak tanya pendapat orang. Saya rasa( pendapat saya) orang tu memang sombonglah. Bukanlah nak kata saya bangga sangat dengan diri saya ni.Kadang kita punya ego dan kata hati tu xselalunya betul..
p.s: luahan ni sebab ada sorang oficemate ttc yang sangat sombong sebab bila kita tanya dia taknak share langsung. tatau sebab dia rasa malu ke? ego ke? takut jatuh maruah ke? privacy ke? ntahlah..bukan masa saya dah pregnant ni aja.sebelum2 ni pun.macam nak mengelak.sedangkan kita pada tempat yang sama.berttc.saya pun xpaham kenapa..saya cuba approach dia haritu nak sharing2 tapi nampaknya memang pintu hati dia tertutup.Berlainan pulak dgn lagi 2 orang yang saya rasa open.
Er sorilah terbuat luahan perasaan pulak dekat sini.hihihi
Maaf sekali lagi kepada semua follower baru..tak sempat lagi nak jengui.Ni duk cuba buka sikit2 mana blog yang tak sempat buka.
Kawan2 TTC sebab tenggelam timbul..saya ada baca post kamu tp xsempat komen..bh pun kadang2 je sempat tp xsempat komen..
Entry ni adalah entry khas ucapan tahniah kepada eimma..http://soontobeamummy.blogspot.com/. kerana penantian kamu untuk jadi ibu/mama/ummi tak lama lagi jadi kenyataan insyaALLAH.
Lama dah kenal si eimma ni. sejak daripada WMC lagi dekat forum orang bujang.Sekali dengan kakak dia azlina.
Lepas tu buat GA sama2..Bila kenduri dia, saya pergi ke kuala kurau.Dia datang kenduri saya..
Dan dia juga yang perkenalkan kepada blog TTC.Thanks Eimma..Take care yer dear sampai selamat bersalin.happy for you. Semoga ALLAH swt permudahkan perjalanan baby kamu sampai selamat bersalin..
AMIN,,,
Mira Waiting for miracles happends pun dah 7 bulan xlama lagi nak bersalin baby kembar..bestnya..take care juga.
As for me,sepatutnya 2/2/2012 haritu dah bersalin the one that we lost more than 7 months ago.Bila bukak fb geng2 yang sama pregnant dulu.semua dah selamat bersalin.Dalam hati punyalah sedih tak terhingga...nantilah bukak entry baru untuk tu..daaa
JOHOR BAHRU: Kegembiraan sepasang suami isteri dikurniakan anak selepas menanti hampir enam tahun bertukar duka apabila bayi itu yang lahir pada tarikh keramat 31 Ogos lalu mengalami kecacatan otak berada di luar tempurung kepalanya.
Lebih menyedihkan, bayi lelaki itu disahkan doktor menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya kini ditempatkan di bawah kawalan doktor pakar Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
Bapa bayi yang diberi nama Eyrshah Elman itu, Erywan Yaacob, 32, menyifatkan akur nasib menimpa bayinya, namun dia dan isteri, Noraishah Alaby, 32, kesal dengan kegagalan petugas sebuah klinik kesihatan berhampiran rumahnya di Gelang Petah yang tidak dapat mengenal pasti masalah kandungan isterinya sejak awal.
“Setiap kali menjalankan pemeriksaan, doktor dan jururawat di klinik itu menyatakan isteri dan bayi di dalam kandungan sihat dan selamat.
“Sehingga seminggu sebelum kelahirannya, doktor di klinik kesihatan terbabit menghantar isteri ke HSA kerana menurutnya kandungan mengalami masalah dan memerlukan pengawasan doktor pakar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Erywan yang juga pembantu jurutera berkata, doktor di HSA memberitahu, keadaan bayi itu di luar jangkaan kerana kes berkenaan yang pertama berlaku di negeri ini dan antara kes terawal di negara.
“Tetapi, saya kesal doktor dan jururawat di klinik kesihatan terbabit tidak dapat mengenal pasti punca masalah kandungan isteri, sedangkan menurut doktor di HSA, masalah seperti itu sepatutnya boleh dikesan ketika kandungan berusia empat atau lima bulan.
“Hancur dan hiba hati terutama isteri sebaik melihat cahaya mata pertama kami yang dinantikan hampir enam tahun dilahirkan dalam keadaan sungguh menyedihkan.
JOHOR BAHRU: Kegembiraan sepasang suami isteri dikurniakan anak selepas menanti hampir enam tahun bertukar duka apabila bayi itu yang lahir pada tarikh keramat 31 Ogos lalu mengalami kecacatan otak berada di luar tempurung kepalanya.
Lebih menyedihkan, bayi lelaki itu disahkan doktor menunggu masa untuk pergi buat selama-lamanya kini ditempatkan di bawah kawalan doktor pakar Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.
Bapa bayi yang diberi nama Eyrshah Elman itu, Erywan Yaacob, 32, menyifatkan akur nasib menimpa bayinya, namun dia dan isteri, Noraishah Alaby, 32, kesal dengan kegagalan petugas sebuah klinik kesihatan berhampiran rumahnya di Gelang Petah yang tidak dapat mengenal pasti masalah kandungan isterinya sejak awal.
“Setiap kali menjalankan pemeriksaan, doktor dan jururawat di klinik itu menyatakan isteri dan bayi di dalam kandungan sihat dan selamat.
“Sehingga seminggu sebelum kelahirannya, doktor di klinik kesihatan terbabit menghantar isteri ke HSA kerana menurutnya kandungan mengalami masalah dan memerlukan pengawasan doktor pakar,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Erywan yang juga pembantu jurutera berkata, doktor di HSA memberitahu, keadaan bayi itu di luar jangkaan kerana kes berkenaan yang pertama berlaku di negeri ini dan antara kes terawal di negara.
“Tetapi, saya kesal doktor dan jururawat di klinik kesihatan terbabit tidak dapat mengenal pasti punca masalah kandungan isteri, sedangkan menurut doktor di HSA, masalah seperti itu sepatutnya boleh dikesan ketika kandungan berusia empat atau lima bulan.
“Hancur dan hiba hati terutama isteri sebaik melihat cahaya mata pertama kami yang dinantikan hampir enam tahun dilahirkan dalam keadaan sungguh menyedihkan.
“Menitis air mata kami setiap kali memandangnya yang kelihatan amat menderita dengan keadaan otaknya di bahagian luar. “Jika doktor dan jururawat klinik kesihatan itu dapat mengesan masalah ini dari awal, anak saya mungkin tidak menderita. “Kini, kami berserah ke hadrat Ilahi dengan apa juga ketentuan, namun saya merayu mana-mana pihak terutama yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk membantu,” katanya.
Menurut Erywan, tiga hari lalu dia cuba menghubungi beberapa pakar perubatan untuk bertanyakan mengenai masalah anaknya, namun semuanya memberi jawapan menghampakan.
“Doktor mengatakan kes seperti ini amat jarang terjadi dan masih menjalankan kajian berhubung cara atau kaedah terbaik bagi menyelamatkannya,” katanya.
Sesiapa yang ingin memberi bantuan atau mempunyai maklumat yang boleh membantu Eyrshah Elman boleh menghubungi Erywan di talian 017-7746696.
p/s: inilah dugaan warga ttc..masa perg hospital haritupun ms melawat kawan melahirkan , baby dia duk dalam inkubator, tapi kakak duk sebelah dia lg kesian.kawin dah lewat 30-an.buat ivf dah 2kali.kali kedua lekat, tp baby dia keluar awal sgt.conditions baby x stabil.member tu pun dah kuar awal .tatau apa jd pd kakak tu..
Ya ALLAH malam tadi mimpi..Tula pikir sangat sampai termimpi2.Tau mimpi apa? saya mimpi saya nak bersalin.Yang hairan tu perot kempis tapi nak bersalin ( actually buncit la jugak tp buncit lelemak ..heheh). Yela duk pikior sangat yang lepas2 itulah jadinya.Dalam mimpi tu saya tengah jalan2 tetiba rasa sakit perut. lepas tu hubby bawak pergi jumpa doc. Doc kata saya nak bersalin dah ni...Aik? saya kata perut kempis pun boleh bersalin ka? doc tanya , ada tanda2 pregnant x? saya kata saya keguguran dan keluar habis dah..Doc pun pelik.Keajaiban telah berlaku...Lepas tu saya masuk labour room..Lepas masuk labour room,berhenti sampai setakat itu saja.. Hubby saya duk kol kampung kata saya bersalin..huhu..mainan tido semata2.Minggu depan makcik nak datang.Perot dah start cramp2 dan mood agak moody2 je ni...
Ni nak share lunar calendar untuk baby gender.Tadi tengok kat fb kawan yang dah ada anak sorang dia discuss dan tagged nama kawan2 dia yang dah ada ank sorg.hehe..Memangla kita susah nak ramal bila boleh conceive tp manalah tau kot2 nant2 lekat ke kan kita semua InsyaALLAH...Try la refer on this calender.One of my friend said it is unbelievable sangat2 bila sama..Tapi xboleh percaya dan taksub dan percara bulat2 tau. Nanti jatuh syirik. Sajala seronok2 tengok .Ok?
Kecik sangat kot kalender ni..Try korang klik pada gambar ni bagi besar sikit dan ada instruction kat atas tu.
Cara dia.contohnya :
saya punya umur:28 + 2 ( dalam blog tu tulis umur sekarang+ 2tahun)=30 + lekat: bulan ogos = dapat anak perempuan
Formula dia
Melintang: umur ibu+ 2 tahun
Menegak: Bulan lekat
p/s: bolehlah berangan2 kejap tp jangan lama2 tau nnt kecewa..oh Husna Arissa sangat suka nama itu..huhu
Kalau ada yang duk cuba, letakkanlah gender baby dan nama yang kepingin snagat nak bagi pada baby.Just for fun ok.jangan sedih2 n tensen2..senyumm
Rajin pulak update pepagi ni.Ni semua lepas tengok nasi lemak kopi o.. Kesian sangat dengan kes yang terlanggar anak dia dekat Kelantan tu.Malam tadi dah tengok berita..Tatau pulak yang kedua ibu bapa baby tu sebelum ni tunggu 15tahun nak dapat anak.kiranya TTC la kan..Ya Allah kesiannya..
KOTA BHARU 29 Julai - Bulan Ramadan bakal menjelma minggu depan dan kesempatan itu digunakan sepasang suami isteri dan anak tunggal mereka untuk membeli persiapan menyambut bulan puasa dan baju raya.
Namun, apa yang dirancang, lain pula jadinya. Ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandu Che Pauzi Mamat, 44, mengundur untuk keluar dari rumahnya di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok di sini, dia secara tidak sengaja terlanggar dan tergilis anak perempuannya itu yang baru berusia setahun 10 bulan sehingga mati.
Nuramni Atirah, meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat sejurus digilis kereta yang diundur bapanya itu kira-kira pukul 8.30 pagi ini.
Che Pauzi ketika ditemui berkata, dia sama sekali tidak menyangka telah melanggar anaknya kerana ketika turun dari rumah, Nuramni Atirah berada bersama ibunya, Noraini Othman, 38.
"Sebelum itu, saya panaskan enjin kereta selama 15 minit dan saya ingat anak saya bersama isteri. Saya kemudian mengundurkan kereta. Tiba-tiba saya dengar orang yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu anak saya ada di bawah.
"Saya keluar dari kenderaan, sudah tidak boleh buat apa-apa bila melihat Nuramni Atirah dalam keadaan terduduk di tayar depan sebelah kiri.
"Saya terus bawa dia pergi ke klinik, ketika itu dia masih bernafas tetapi sampai di klinik dia sudah tiada," katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hospital tersebut hari ini.
Che Pauzi, pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini berkata, kehilangan Nuramni Atirah amat dirasainya kerana dia terpaksa menunggu selama 15 tahun untuk mendapatkan zuriat sendiri selepas dua kali berkahwin.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
p/s: hrtu pun yang kes baby mati tersedak susu anak tunggal juga and both of her parents i think also is ttc sbb umur dah 40-an mcmtu..innalillah hi waiinnalilllahirojiunn
Baru ni saya ke MATTA FAIR .. Sajala nak mencuci mata ..kotla ada tempat yang menarik nak pergi kan. Plan honeymoon setiap kali anniversary jela..hehe..1st year dah pergi langkawi.2nd pergi Vietnam.Manalah tau yang ke-3 ni dapat pergi oversea pulak ke..hehe
Pasal post ni bukan apa..cuma nak cerita pasal scene2 yang menyakitkan hati masa tu.. adalah satu agent tu duk promosi sakan pok pek2 dengan kami ..hubby saya duk melayan dia promote 2 jam .sebab dia janji nak bg vaucher free .sakit pinggang kot dan boring.Mula rasa reasonable membership dia tu..lepas takdak dahla..Saya reject awal2.sebab apa tau..Manager dia mai masa anak buah dia tengah promote. Kira macam nak memperkukuhkan lagi la benefits membership dia..Lepas tu dalam selitan tu dia kata apa tau..macam ni dialog dia..
Scene 1
salam menyalam...biasalah nak berkenalan dengan pelanggan..
Manager:Panasnye tangan? ( masa ni dia salam saya)
Saya: Makan nasik lemak kot..hahaha( silapla...hang kata tangan aku panas..haha)
Manager: OO..kena cepat2 ni...kena selalu masuk hotel...tengok saya selalu masuk hotel 2kali setahun..
Saya: senyum..........( realitinya aku senyum je..tp...dalam hati ada aku kesah? boleh blaaa...hahaha)
Punya nak promote..duk pok pek2...mula kata kat saya xpaksa tau..saya jawab ..ye saya tau jawapannya ye atau tidak..last2 duk main tarik tali.....last2 dia bg vaucher free.Tataula boleh guna ke x..hhehehe
2nd scene..ni dekat fb dengan seseorang yang sudah ada baby tp pernah gugur..
Saya: pok pek2.. D N C camana ek?
Dia: bla bla..ada kawan buat IUI tp xlekat sedih dia..hehe
Aik..hang gelak?
Saya: mestilah sedih ( panassss..tata..malas cakap pasal benda ni dengan hang dah..hehe)
MORAL OF THE STORY: ADAKAH TTC'IANS SENSITIF?WASSALAM...
sapa tau nak beli kat sapa dengan harga murah berpatutan? cr kat internet dia jual rm100/3biji..other than that xjumpa sapa dah..please2 nak cari balik buah tu.Sbb lepas ni nak rancang semula..thanks semua..
Sejak dua menjak ni malas benor nak hupdate blog lagi satu..best sangat layan blog TTC ni..terutama ramai kawan2 seangkatan yang sesudi melayan bebelan dan luahan kita.terima kasih rakan2 semua...:)
Harini posting selingan manja lagi.hehehe..alkisah pada hari selasa lepas terasa agak malas untuk pergi kerja sebenarnya lepas tu ambik cuti emergency.Bagus punya pekerja..camana nak jadi cemerlang kan?
Pastu dah nak ending2 period sebab flow dah kurang . So, bercadanglah nak memanjakan diri ini ke spa or pi mengurut .Yela lepas daripada stress 2 bulan keje tak habis2 tu memang terasa sangat nak memanjakan diri ini.
Maka, saya pergila ke satu spa itu. Dalam pukul 3.30 camtu buat rawatan satu badan nak mencantikkan kulit, meregangkan otot2 ni.Sangat best ok, daripada kaki,ke badan ke kepala.Yang tang kepala tu yang xtahan best sangat tu
My hubby keje haritu ,so pergi sendiri la.Habis spa dalam kul 6 camtu balik rumah dengan perasaan wanginya.hehehe dan segar bugar. Kira balik tu nk surprisekan hubby la. Sesambil tu kita goreng kopok dulu sebelum makan malam.Makanya ku goreng kopok yang dibekalkan ibunda dari kampung. Saya sangat tegar keropok lekor.Sangat gila. Kalau hubby pergi pasar ka, pi sendiri ka sure beli kopok lekor.
Maka ku goreng kopok itu dengan semangatnya. Sambil goreng sembang2 dengan hubby pok pek3 pasal rawatan dekat spa tu. Kendian ku pergi ke dapur .Alamak kuali dah berasar dan kopok macam sebelah lagi dah masak terlebih sudah.hehe.belum hangus lagi.Maka ku pusingkan ke sebalik lagi satu.Dengan semena2 kebabooo melotop terkena muka, tangan dan apa lagi aku tatau.Yang aku tau aku terus alirkan air ke atas anggota badan yang kena..Maka itulah hasilnya. adoyai
Syhh niat di hati cam nak melawa la kan kan masa tu kan.adoi..wallahualam dugaan.Dan pada keesokannya masa pergi klinik tetiba tayar kete depan pun pancit..Sabo jelaa..
Apa punya tajuk di atas ni kan?hehe semua ni sebab balik kampung..Haritu masa balik kampung belah hubby, ipar sy yg xkawin lg tu cakap mcmni pada anak abg hubby, Eh kaklong ( gelaran untuk anak abg hubby)..aik kaklong?hehe..nak dapat adik ke ? dalam hati duk berbasi basa xde perasaan pun sebenarnya. Pastu tetiba bila sembang dengan biras, dia cakap xlama lagi nak bersalin dah 5 bulan preggy. Tapi perot xnampak pun macam preggy sebab orangnya comei lote kecik molek. Tak macam kita yang comei tp tembon ni.heheTAHNIAH..haritu masa preggy 2nd dia gugur..ALHAMDULILLAH dapat yang baru.Dulu pun dia tungu lama after 1 year baru dapat, tp sebab duduk jauh dengan abang ipor den.Setahun je...hehe
Alkisah ada kenduri aqiqah depan rumah hubby keesokan harinya,hehe. Actulaly macam xberapa nak pergi sebab yela kan..huhu..lepas tu sedih.Bukan sebab sedih sebab orang dapat anak kita xdapat .Dalam hati berbasi basa je..xde perasaan.Tapi sebab nak balik kampung saya dengan nak pergi pasar pagi kat pekan yang dekat rumah tu.kepingan..sekali dia ingat kita sedih sebab xdak baby.hehehe.wrong tekaan mu ye hubby.
lepas tu masa pergi kenduri aqiqah tu, saya dengan selambanya memakai jeans dan blouse labuh. Ala mana nak tau ada kenduri kan.Lagipun kenduri aqiqah je.Sekali ada plak makcik mulut puaka pi perli2 aku..ayatnya macam ni la:
makcik a; eh kalau anak saya ada kenduri saya pesan elok2 bawak baju kurung
makcik b: ntahnya bukan xboleh pinjam baju..
makcik a: tula saya rasa tak seswai la kalau kenduri2 pakai seluar xkan xde kain kot..
saya dah siap makan masa tu..dahla xmalu duk tambah2, konon masa mula makan tu dia cakap eh makcik kenyang la baru balik kenduri masa aku buh nasik dalam pinggan dia..bluekk..