Followers

Monday, 24 September 2012

Be Positive

Assalamualaikum semua.

Soriii ...Sangat lama tidak bersiaran..Lepas raya pun xsempat nak wish pada semua...Hopefully semua dalam keadaan sehat dan jangan lupa sentiasa berfikiran positif.

Tahniah kepada Jay Farhana iaitu TTCians yang dah berjaya preggy.Blog beliau saya lupa alamatnya.Tapi beliau juga saya nampak sangat Positif orangnya.Sangat suka dengan gambar2 yang dia ambik.If not mistakan sebelum dia pregnant , dia pergi melancong ke merata2 tempat dan buat macam2 dalam hidup dia.( from the picture that she post in her blog laa..)

So,kawan2...apa kata kita cuba buat sesuatu yang baru , menyeronokkan dan berhenti sejenak daripada memikirkan pasal perkara ini.Saya doakan semua kawan2 ttc xkan putus harapan dan meminta pada tuhan yang satu ( cuba jangan doa untuk dapat anak, cuba doakan yang lain2.) 

Baru2 ni saya ada pergi kursus motivasi dan cadangan saya juga, boleh try baca 7 HABITS OF HIGHLY EFFECTIVE PEOPLE BY STEPHEN COVEY..

GUD LUCK SEMUA :)

Lots of love untuk semua..

p/s: saya dah nak masuk 9 bulan preggy..1 month to go or boleh kata boleh sampai bila2 masa sahaja untuk meletopp..doakan saya yer :) thanks

Wednesday, 1 August 2012

Hugs n Kisses...

Assalamualaikum untuk semua..

hugs n kisses..Selamat menjalani ibadah puasa.Maaf lambat wish pada semua orang.huhu.

Untuk info, bg yg tak follow blog lagi satu. Perkembangan kandungan alhamdulillah dah hampir nak masuk

3rd trimester.Saya masih follow perkembangan bagi rakan-rakan semua yang ada join FB TTC GROUP, TTC CORNER..

InsyaAllah kot ada berita gembira masa bulan puasa ni ker, lepas bulan puasa ke.Siapa pun xtahu rezeki kita

macammana kan?

Last but not least.Nak mohon ampun & maaf kalau ada penulisan dalam blog ni yang xberapa enak dibaca

atau terguris perasaan sesiapa selama ni..

SELAMAT BERPUASA YER..THINK POSITIVE AND DON'T EVER GIVE UP..:) DAN CUBA REBUT PELUANG SEDAYA UPAYA DAN SEIKHLAS YANG MUNGKIN DALAM BULAN YANG PENUH BARAKAH NI..

Wassalam.

Sunday, 1 July 2012

Mengandung? ada anak? satu perlumbaan?

 http://top-game-wallpaper.blogspot.com/2008/11/race-pro-video-game.html

 http://www.hiren.info/desktop-wallpapers/babies-pictures/almost-new-born-baby

Assalamualaikum semua kawan kawan TTC..

Maaf sangat lama tidak mengupdate dan tidak menjenguk, tidak mengomen dan tidak berblog hopping..Saya busy sikit dengan kerja2 di opis.Bila ada idea ada, malas pulak datang.Kalau ada berita gembira yang saya tak tahu tu saya nak ucapkan tahniah....Kalau xde pun tak apa.Semoga sihat2 selalu dan masih bersemangat dengan usaha kalian.Semoga beroleh hasil dan keredhaan hendaknya.Kalau kurang berusaha pun xpa, saya doakan tuhan akan sentiasa merahmati hidup kalian dengan rezeki dan kebahagian tanpa memikirkan soal anak buat sejenak.InsyaALLAH rezeki daripadaNYA akan tiba jua.AMIN,,,,

Tajuk di atas ni ada kaitan dengan peristiwa di FB saya. Saya ditagged nama dalam senarai nama yang bakal melahirkan anak di FB dengan 'junior' saya yang lebih muda.Mereka 'mungkin'?  berTTC juga?( saya letakkan tanda soalan tu sebab saya rasa tak TTC pun..hehe) tapi xsampai setahun la.Dalam 6 bulan dan dah lekat dah.Alhamdulillah itu rezeki mereka.Saya tak tahu nak define erti TTC ni .Tapi pada pendapat saya , kalau lebih 1tahun kahwin tu, itu saya gelarkan dah berTTC la,,Sebab kalau kita bukak banyak info pasal TTC dan bila kena jumpa doc ni, kalau dah lebih setahun berusaha barulah seek for medical doc untuk check kesuburan kita ( betulkan kalau tersilap.)


Pastu dalam ayat2 komen di FB tu ayat dia lebih kurang macam ni.

Tahniah kepada si polan2,,,A,B,Cdan saya  kerana bakal menjadi ibu dan kepada adik D tahniah kerana bakal bergelar ibu dan bapa.Boleh buka pasukan futsal bla bla bla....( yang ucap tahniah ni belum kahwin lagi..)
komen:
lain2 komen.........................
A: aku kena berusaha keras untuk mengejar
B: dan lagi nak kejar tu...
Saya: Dalam hal macam ni kamu (A) xperlulah nak kejar2.Semua ni rezeki tuhan.InsyaALLAH nanti adalah rezeki kamu lagipun kamu lagi baru kahwin kan.

Ayat dia lebih kurang macam tu la.Saya pada asalnya tak berminat nak komen tapi bila ada komen nak kejar tu, meh aku bagi sedas sikit pada budak2 ni.heheh..Ternyata keemoan warga TTC masih ada dalam diri walaupun sekarang dah mengandung.Adakah saya terlalu emo? hehe..Ntahla..mungkin mereka xbermaksud apa-apa, cuma saya je sensitif bila baca komen mereka tu.

Apa cerita kandungan saya?
Alhamdulillah dah 23minggu.Bermakna 5bulan lebih dan minggu depan masuk 24minggu tau 6 bulan.Walaupun dah second trimester dan sebulan lagi nak masuk final trimester, saya masih lagi berjaga-jaga dan tak terlalu excited.Sebabnya seminggu yang lepas ada brown spot keluar lepas saya terhidu chemical masa kerja.My work nature memang main dengan chemical sebab saya kan chemist..huhu chemistlah sangat. Dan semalam ada lagi brown spot .Disebabkan dua kali dah spotting ni, husband tak bagi saya makan durian.Padahal skarang musim durian..terliur jela.Haritu dah makan 2kali.Sekali makan pun dalam 2-3 ulas buat rasa.Tapi kedua-dua kali tu duriannya memang kureng sikit.

Lepas brown spot tu terus saya pergi check buat ultrasound untuk tengok keadaan baby dan uri saya.So far OK jela.Dan doc dah tunjukkan jantina baby.Tapi saya tak percaya hundred percent pun.hehe tunggu masa check up 7 bulan nanti.InsyaALLAH baby sihat.Tolong doakan saya yer.

Wassalam


Monday, 28 May 2012

Spekulasi ,andaian

Kenapa orang suka membuat andaian?

Best sgt ker buat andaian pada orang lain?

Tetiba penulisan sekalian kalinya ini agak emo..

Mungkin faktor emosi...

Maafkan saya jika penulisan saya membuatkan anda semua bosan

 dan penulisan saya yang tidak memberi satu inspirasi pada diri anda semua..

Soriii...Just need a place to jot down ..

Padahal mana boleh emosi2 kan nnt berjangkit..

Ya ALLAH sabor dan istighfar banyak2..

Sekian..Wassalam...

Tuesday, 22 May 2012

Mandul atau kurang subur?

Assalamualaikum semua,

Nak tanya pendapat.Mandul dan kurang subur?sama tak kedua perkataan ni?

Oh pantang betul bila dengar perkataan Mandul tu..

Sensitif ...

Sekian...

Friday, 11 May 2012

Benar kata kak irtiyah..roda itu sentiasa berputar

Assalamualaikum..


foto taken here  http://realcolorwheel.com/tubecolors.htm

Apabila terbaca blog kak irtiyah saya terpanggil untuk cerita kisah benar saya sepanjang berTTC sebelum ini. Arakian kisah ini adalah pengalaman sendiri di tempat kerja yang rasanya pernah saya kongsikan tapi ceritanya tidak penuh.

Dekat unit di jabatan saya ada 6 orang staf termasuk saya.Ada 4 orang staf yang masih belum kahwin lagi.Tapi, masing2 dah ada pasangan dan tunggu masa je untuk menikah. Hujung tahun 2008 ada sorang staf yang tua lebih 2 tahun daripada saya kahwin dulu .2bulan lepas berkahwin dia disahkan mengandung.Alhamdulillah. Pada masa tu pula saya dah bertunang . Pada bulan March 2009 saya berkahwin. Sampai bulan 5/6 2009 ada sorang staf lelaki dekat opis saya pula yang berkahwin .2bulan lepas tu bini dia disahkan mengandung.

Saya pun menumpang jela happy dalam sedih dengan cerita bini staf lelaki tersebut yang bini dia mengandung dan akak tu yang perutnya semakin memboyot besarnya.Dalam hati waktu tu tuhan je yang tahu.Saya tulis semua luahan saya dalam facebook yang pada  masa tu baru je popular dan juga blog 'umum' saya itu. Habis kena marah dan perli dengan kakak dan mak sendiri. Katanya jangan mengeluh ....jangan mengeluh..Akibatnya saya lrasa jauh hati dengan mak dan kakak saya yang pada pendapat saya langsung tiadak faham perasaan saya macammana.Waktu tu rasanya saya dah kahwin 6 bulan.Saya rasa dunia betul2 kelam dan takde tempat nak mengadu.Mak mertua? segan pulak nak mengadu sebab ada sejarah dalam keluarga husband pun ada yang tak ada anak.Segan rasanya..

Sepanjang  masa dua bakal mak dan ayah di opis saya tu bercerita tentang ke'happy-an' dunia baru yang bakal diorang tempuhi, staf saya yang lelaki tu asik menyakitkan hati saya.Hari2 duk kata macam2 dekat saya.Saya memang sakit hati dengan dia sampai satu masa rasa macam nak g cucuk perut bini dia dengan pisau ( sedangkan bini dia xpernah bersalah dengan saya).Punyalah pendendam ..Pada waktu tu saya memang berangin satu badan..Tak boleh jumpa dengan staf saya ni rasa nak bergaduh je.Saya rasa sepanjang setahun tu duk perang dingin je dengan dia. Langsung tarik muka 14. 

Masuk tahun 2010 bulan Mac ( setahun selepas saya kahwin, kiranya anniversary saya la) ada sorang staf perempuan saya kahwin jugak.Kahwin muda, umur dalam 21-22 tahun masatu kalau xsilap.Lepas 2 bulan lekat.Yang tak tahan dia tulis dekat FB 1+1=2+1=3 dan dia komen pagi tu akhirnya setelah bertungkus lumus.Saya sepatah pun xbalas/komen kat db dia..Selepas baca status dia aiyo merah padam muka saya.Saya tatau nak kata apa.Saya tergamam terdiam terpaku tersegala ter la..heheh..Waktu tu kakak yang mengandung pada tahun 2009 tu mengandung pulak kali yang kedua.Yang staf lelaki tu rasanya kalau xsilap bini dia baru bersalin.

Makin rancaklah perbualan ibubapa ni.Pada masa tu ada 2 mak buyung yang perutnya yang semakin membesar dan seorang bapak budak yang baru nak membesarkan anak beliau..Pada masatu saya rasa saya memang terpinggir.Rasa macam xboleh nak bercampur gaul.Rasa jauh hati.Maka saya memang menjauhkan hati sepanjang tahun tu.Nasib baiklah tahun 2010 tuhan bagi saya outstation merata2 sampai ke USA.Boleh kata selang 2 bulan ada je tempat saya pergi dan lawat.Alhamdulillah ternyata tuhan tu maha adil dan dia tahu resah lelah dan kesedihan hati ni.Takde tempat lagi nak mengadu.Sebelum tu saya ada kawan yang TTC hanya 6 bulan.Lepas tu dia lekat dan bagitau saya dia mengandung lepas dah nak masuk 2 bulan lebih masa dia post dalam FB dia bleeding.Sepanjang 2tahun tu memang hati dan jiwa raga saya terseksa bagai nak rak dan boleh kata nak nangis hari2 sampai dah xde airmata nak keluar rasanya .Terutama bila datang bulan..huhu

Hurm saya apa lg, rasa dah takde tempat mengadu .Mula lah duk mencari2 dalam web mana ada tempat orang yang macam saya ni lagi dan apa yang diorang buat untuk mengatasi rasa sedih mcm ni..Saya pernah terbaca blog kak irtiyah beberapa kali semasa mencari pasal lama berkahwin tapi tidak mengandung dan rasa bersemangat sangat dengan apa yang beliau lalui dan ternyata ada juga orang lain yang mengalami situasi seperti saya. Kemudian pada tahun 2010 saya diperkenalkan dengan dunia TTC blogging ni oleh Mira ( Waiting for Miracles to Happends).Rupanya selama ni dia dah baca blog saya yang 'umum' tu sebelum saya betul2 ambik keputusan nak bukak blog ni.Lepas tu yang bagi cadangan join TTC ni adalah eimma .Rasanya kak irtiyah pun ada pernah komen dekat blog umum saya tu kalau xsilap sewaktu post saya yang berkaitan dengan TTC ni.Terima kasih pada kawan-kawan sekalian yang membuka minda dan jiwa saya ni.

Alhamdulillah mira dah menjadi ibu kepada twins yang sangat comel dan eimma dah pregnant dan menunggu masa saja lagi..

 hurm...bercerita tentang staf saya yang lelaki tu, anak dia sekarang dah berusia 2tahun.Dan dia dan wife sekarang sedang usaha pulak nak dapat anak tapi belum berhasil. Saya nampak banyak kali jugak wife dia tulis dalam fb belum ada.Belum berhasil dan dia pun nampak gayanya macam sedang berusaha pulak. Saya bukan nak kata tuhan bayaq kat hang cash.Rasanya tuhan nak bagi hang rasa apa yang aku rasa atas apa yang buat pada aku dulu.Saya tak bersikap pendendam ..dah lama saya maafkan dia atas apa yang pernah dia buat dulu.Sekarang pun dah ok dan dah takde rasa nak marah ke apa dah pada dia.Biarlah peristiwa ni jadi iktibar pada masing2..

Benar roda itu sentiasa berputar..



wassalam..


Wednesday, 2 May 2012

Erti sebuah pengorbanan


 ambik gambar ni dari http://feryco.com/tag/pengorbanan-ibu


Assalamualaikum semua..

Macamana cuti? best tak?Saya ambik cuti panjang...5 hari..hehe
Saya balik kampung...alangkah bestnya balik kampung selepas hampir 2bulan setengah tak balik..Rasa nak makan semua benda.Padahal mana boleh macam tu kan?Nanti gemuk gedempol nak turun balik ingat senang?Naik memang senang.Nak turun?Oh saya pernah cuba turunkan berat selama lebih satu tahun.Makan makanan sehat, berjoging hari2 ,pergi slimming centre.Turunnya 9 kilo jer.Punyalah liat lemak ni.Tapi sekarang ni dah gomuks balik.Encik sumai pun samalah..

Post kali ni pasal pengorbanan..:) Saya tahu kawan2 semua pun dah banyak berkorban kan? Saya tahu TTCians memang paling banyak berkorban. Korban perasaan, jiwa, airmata, duit dan masa semata2 untuk di permata hati.Bagi kita yang TTC ni erti sebuah kehidupan tu xde maknanya tanpa si permata hati pengarang jantung kan?Inilah kisah saya tentang pengorbanan yang xseberapa ni.

Sebelum disahkan pregnant haritu macam2 perancangan ada dalam list saya..Termasuklah bercuti..Yer ada dua percutian yang memerlukan saya naik kapal terbang.

1st ke Krabi semasa anniversary, masatu kandungan baru mencecah 2 bulan lebih kalau xsilap..

2nd ke Kinabalu, ikut perancangan sebelum pregnant nak naik gunung kinabalu..cewahhh memang sangat tinggi impian.

3rd nak belajar berenang sebab rasanya macam penting je kan?hehehe

Semua percutian saya tu saya kanselkan dengan bangganya.huhu..Saya rasa saya kuat.Saya rasa saya mampu.saya kata jom pergi masa dah lebih 4bulan ker,, masa baby dah besar sikit ker.Tapi ternyata syarikat penerbangan tambang murah ini bijak.Bila nak buat pertukaran penerbangan pada tahun hadapan, katanya sampai bulan 2 sahaja,Waktu tu baru habis pantang.Susah betul!!!Akhirnya kami ambil keputusan batalkan semua saja ...

Habislah burn duit saya hampir rm3k untuk kedua2 penerbangan.Tapi ini apa yang husband saya kata,

''Tak apalah .Ada sesuatu yang lebih penting, yang lebih berharga tak ternilai harganya yang kita dah tunggu selama lebih 3tahun.Nak ambik risiko? tidak..tidak tidak..Tak apalah burn semua duit tu,nanti ada rezeki kita di masa depan kita pergi''

Walau hati saya rasa saya manusia yang kuat..saya kuat..Oh habis duitku..

Saya memotivasikan diri sekali lagi, tunggu dah lama..Tolonglah jaga elok2..Tolonglah fikir untuk yang kecik di dalam.Kita memang besar tapi kita tak tahu apa yang jadi di dalam..Ramai yang masih menunggu, bersyukurlah dengan rezeki yang ada ni dan jaga elok2.

Apa yang saya harap sekarang ni semoga semuanya selamat aja..Masa saya pergi check up minggu ke 13.Saya rasa betul2 nak menangis.Maaf kerana kongsikan disini.Saya nampak baby tu bergerak tangan dan kakinya.Tapi saya tahan la daripada menangis sebab doktor ada.Dalam hati saya kata, indahnya ciptaan tuhan yang tak terhingga ni.

InsyaALLAH semoga lepas ni ada rezeki kalian juga kerana sudah banyak pengorbanan yang kalian lakukan kalau nak dibandingkan pengorbanan saya yang kecil ni.

Untuk pengetahuan, harini dah masuk 14 minggu 5 hari.Alhamdulillah :)

Friday, 20 April 2012

Yer saya memang takut dan berjaga2

Assalamualaikum semua.

apa khabar?harap semua sehat2 je dan sentiasa di bawah lindungannya AMIN..

Bagi yang tak tahu perkembangan saya, alhamdulillah sekarang dah masuk 3 bulan :).

Entry ni bukan apa .ni renteten peristiwa yang saya alami sepanjang pregnant nila..hurmm

Sepanjang saya pregnant ni saya memang takut, takut sebab:

1) Pisang berbuah dua kali-alhamdulillah bila dah melepasi 8weeks rasa legaaa sangat hati ni tapi still berjaga2.

2) Setiap kali nak makan ker atau buat sesuatu mesti fikir.Dah lama tunggu baby ni, nak jaga pun sangat nak menjaga-jagalah.Boleh kata benda yang xboleh makan, yang kena pantang semua nak buat betul2.Tapi, tula.Bila kita duk tanya dengan orang yang tak pernah TTC diorang akan macam nak gelakkan kita.Dialog dia lebih kurang macam ni.

Saya: er yang ni bukan ker xboleh makan ke?
si a: Ala xpa.takut ek?
Saya: Was-was sikit nak makan.
si a: xpa makan jelah sikit ( duk senyum2)

Saya tahu dia tak bermaksud apa2, tapi sebab kita ni bukan normal sangat mcm dia.So, sikap berjaga2 tu adakah berlebihan ker? atau apa ek?ntahlah sebab 1st , saya pernah gugur, 2nd tunggu lama lepas tu.Jadi sikap berjaga-jaga sangat .huhu

Oklah semua, dont give up yer..Saya doakan ada lagi berita gembira lepas ni..adiosss

Thursday, 29 March 2012

Apa khabar semua?

Assalamualaikum semua..

Lama tak jenguk2 blog kawan2 semua( ni duk buat ayat sama lagi)..apa khabar? sehat ke? saya baru je jenguk2 blog -blog kawan2 tapi xsempat drop any comments .Mengakibatkan blog saya basiii..hehe dan post yang sebelum ni, ada sesiapa yang terasa ke dengan luahan saya tu? ntah2 xda sapa baca dah sebab tuan tanah pun xturun padang..heheh

Hurm buat masa sekarang saya update perkembangan saya dekat blog lagi satu. www.secretogarden.blogspot.com.Kalau sudi boleh la datang jenguk :).

Hurm..apa nak tulis ek,tahun ni famili saya bakal dapat 2 cucu..hehehe..kakak dan saya. Kakak anak ke 3, saya yg pertama la.Yang kakak duk teringin sangat anak perempuan sebab yang dua orang tu dah heroo..dia teringin baby girl pulak kot.:)

Kalau orang tanya, senang je saya jawab, saya xkesah la anak perempuan atau lelaki asal sihat tubuh badan semua dah bersyukur. Tapi kalau ikut hubby, dia selalu kata teringin anak lelaki. saya kata xkesahla.Ini tuhan dah nak bg peluang kita patut bersyukur dan redha.

Selama ni pun, sebelum pregnant pun kita usaha pastu berserah padaNYA je.Pada saya, saya redha jela dengan ketetapan DIA, DIA dah menentukan yang baik untuk setiap insan.InsyaALLAH.

Minggu ni dah 10 minggu .2 minggu lagi nak habis first trem.alahan xteruk, nak kata muntah tu just muntah angin je kot. cuma kadang badan rasa penat sangat dan saya ni tiap kali duk usha perut.eh pregnant ke ?perut macam xbesor lg.lemak je terlebih kot sbb kain baju kurung udah ketat..

GUD LUCK YER SEMUA..

Wednesday, 7 March 2012

I am totally agree with this quote: sharing is caring, who else do? raise up your hand..hhehe

Assalamualaikum semua rakan-rakan TTC,

Walaupun saya bukan TTC dah buat masa sekarang.Saya sangat kagum dengan semangat anda semua.Ada yang buat macam-macam untuk TTC sedangkan saya rasa apa yang saya buat tu memang sipi-sipi je.InsyaALLAH berkat usaha kalian, pasti suatu hari akan berjaya juga.Teruskan usaha kalian, saya doakan impian anda menjadi kenyatan amin ..

Er Post kali ni bukan apa. Saya rasa, ini saya yang rasa la.. Memang patut kita share pengalaman kita yang hampir sama ni. Memang la ada org kata buat apa nak share? Benda ni kan privacy, ada yang rasa memalukan, mengaibkan . Cuba kita jatuhkan sikit ego kita tu.. Saya rasa kalau kita ni buat sombong2...xnak share dengan orang, xnak tanya pendapat orang. Saya rasa( pendapat saya) orang tu memang sombonglah. Bukanlah nak kata saya bangga sangat dengan diri saya ni.Kadang kita punya ego dan kata hati tu xselalunya betul..

p.s: luahan ni sebab ada sorang oficemate ttc yang sangat sombong sebab bila kita tanya dia taknak share langsung. tatau sebab dia rasa malu ke? ego ke? takut jatuh maruah ke? privacy ke? ntahlah..bukan masa saya dah pregnant ni aja.sebelum2 ni pun.macam nak mengelak.sedangkan kita pada tempat yang sama.berttc.saya pun xpaham kenapa..saya cuba approach dia haritu nak sharing2 tapi nampaknya memang pintu hati dia tertutup.Berlainan pulak dgn lagi 2 orang yang saya rasa open.

Er sorilah terbuat luahan perasaan pulak dekat sini.hihihi


Sunday, 26 February 2012

Syukur ,Alhamdulillah,Allahuakbar

Assalamualaikum,

Terlebih dahulu ingin memohon maaf sekiranya berita ini bakal menyinggung rakan2 ttc yang dikasihi sekalian..Saya paham sekiranya berita gembira ini ada yang menyebabkan  hati2 yang lain sedikit terguris kerana saya pun pernah alami yang sama..

Saya telah disahkan mengandung semula :) .Baru je 5 weeks plus.Tak sangka pun ada sebab duk perang dunia je dengan encik suami .huhu..Jika dapat diimbas kembali, saya pernah keguguran pada bulan jun 2011 selepas 2 tahun berkahwin.

Amalan untuk pregnant semula?Ini ada rentetan sebulan yang lepas yer kawan2.InsyaALLAH saya cuba kongsi mana yang dapat membantu.Apa2 pun semua rezeki ni datang dari ALLAH swt sahaja.Satu keajaiban yang tidak mungkin kita dapat rungkaikan..ok?

Sebulan yang lepas, saya start ambil EPO dan HABBASTUS SAUDA keluaran HPA. Breakfast pulak makan cereal dan susu. Saya dan hubby start berjoging, bersenam, naik turun tangga sebab kalau ikutkan plan kitorang, bulan 5 nak naik gunung kinabalu. Bulan 3 pulak masa anniversary nak ke Krabi , so dah ambik kelas berenang ( belum start lagi). Tapi kiranya kami berdua dah ubah lah aktiviti hujung minggu dengan beriadah..Hubby pulak haritu ada makan madu dan minum susu HI GOAT.

Dan kami berbd pada waktu subur yang saya sediri pun xtau betul ke x tarikh subur tu disebabkan kitaran ada sedikit tak berapa betul sejak 3 bulan lepas.Sekejap 28,32,30 hari..wallahualam..

Semua ni ketentuanNYA. Mohon doakan keselamatan dan kesihatan kandungan saya kali ni ye kawan2.terima kasih.semua update pasal kandungan saya , saya akan kongsikan di blog lagi satu.

.www.secretogarden.blogspot.com..

Kalau sudi silalah jenguk yer kawan2..gud luck semua saya doakan agar ada berita gembira lagi lepas ni.AMIN

Friday, 3 February 2012

Entry khas untuk yummy mummy @ eimma blog my journey to be a mummy

assalamualaikum..

Maaf sekali lagi kepada semua follower baru..tak sempat lagi nak jengui.Ni duk cuba buka sikit2 mana blog yang tak sempat buka.
Kawan2 TTC sebab tenggelam timbul..saya ada baca post kamu tp xsempat komen..bh pun kadang2 je sempat tp xsempat komen..



Entry ni adalah entry khas ucapan tahniah kepada eimma..http://soontobeamummy.blogspot.com/. kerana penantian kamu untuk jadi ibu/mama/ummi tak lama lagi jadi kenyataan insyaALLAH.
Lama dah kenal si eimma ni. sejak daripada WMC lagi dekat forum orang bujang.Sekali dengan kakak dia azlina.
Lepas tu buat GA sama2..Bila kenduri dia, saya pergi ke kuala kurau.Dia datang kenduri saya..
Dan dia juga yang perkenalkan kepada blog TTC.Thanks Eimma..Take care yer dear sampai selamat bersalin.happy for you. Semoga ALLAH swt permudahkan perjalanan baby kamu sampai selamat bersalin..
AMIN,,,


Mira Waiting for miracles happends pun dah 7 bulan xlama lagi nak bersalin baby kembar..bestnya..take care juga.

As for me,sepatutnya 2/2/2012 haritu dah bersalin the one that we lost more than 7 months ago.Bila bukak fb geng2 yang sama pregnant dulu.semua dah selamat bersalin.Dalam hati punyalah sedih tak terhingga...nantilah bukak entry baru untuk tu..daaa

Thursday, 12 January 2012

Tahniah kepada nakpregnant dan lain2 kalau ada yang terlupa dah xtahu

Assalamualaikum bubblies ttcians,

Seriusly xde masa nak blog hopping ke blog ttcians..dekat fb ttc corner pun kdg ada kadang xde.Harap kalian semua masih bersemangat meneruskan berttc walau kadang semangat tu turun kejap naik kejap. Kejap sedih, kejap gembira,kejap tak tahu nak buat apa. Tengok dekat followers saya tu makin bertambah tapi maaf saya xsempat nak jengok lagi blog puan-puan semua ye..Ribuan terima kasih sebab follow .Walau tuan tanah pun jarang jengok tanah sekangkang kera ni.eeheheh

Tula, bila dah jadi ttcians ni kadang tu rasa jeles ada, rasa kecewa ada, tu semua asam garam kehidupan.Kadang bukak fb, kecewa jugak bila orang update setiap hari pasal baby, pasal kandungan, pasal baby gerak2, pasal ni itu ini dan seangkatan la..once in a blue moon mungkin kita begitu juge kan.Biasalah hati wanita ni cepat sensitif.Lagi2 golongan ttcians ni.Bukanlah nak kata tak boleh tulis mcmtu, ini cuma luahan aja.Tumpang happy atas kegembiraan org lain itukan lebih baik.Esok time kita macam tu jugak..:)

Xde banyak cerita nak dikongsikan sebenarnya dengan kawan-kawan semua.Saya sekarang masih ala-ala kadar usahanya pun..Minum buah hawa last cycle dan makan habbatus sauda, husband makan telur ayam kampung dan madu.Itu jela.Jumpa doktor semula masih belum.Mungkin pospone lg lepas anniversary yg ke 3thn.Wahh sekejap je dah nak masuk tahun ke-3..hukhuk..

Apa2 pun gud luck semua..kita berserah kepada NYA.AMIN..