Followers

Saturday 30 July 2011

Kesiannya

Assalamualakum semua..

Rajin pulak update pepagi ni.Ni semua lepas tengok nasi lemak kopi o.. Kesian sangat dengan kes yang terlanggar anak dia dekat Kelantan tu.Malam tadi dah tengok berita..Tatau pulak yang kedua ibu bapa baby tu sebelum ni tunggu 15tahun nak dapat anak.kiranya TTC la kan..Ya Allah kesiannya..

copy from utusan

Anak tunggal maut digilis kereta bapa sendiri

KOTA BHARU 29 Julai - Bulan Ramadan bakal menjelma minggu depan dan kesempatan itu digunakan sepasang suami isteri dan anak tunggal mereka untuk membeli persiapan menyambut bulan puasa dan baju raya.

Namun, apa yang dirancang, lain pula jadinya. Ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dipandu Che Pauzi Mamat, 44, mengundur untuk keluar dari rumahnya di Kampung Tok Jawa, Tawang, Bachok di sini, dia secara tidak sengaja terlanggar dan tergilis anak perempuannya itu yang baru berusia setahun 10 bulan sehingga mati.

Nuramni Atirah, meninggal dunia dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Kedai Lalat sejurus digilis kereta yang diundur bapanya itu kira-kira pukul 8.30 pagi ini.
Che Pauzi ketika ditemui berkata, dia sama sekali tidak menyangka telah melanggar anaknya kerana ketika turun dari rumah, Nuramni Atirah berada bersama ibunya, Noraini Othman, 38.

"Sebelum itu, saya panaskan enjin kereta selama 15 minit dan saya ingat anak saya bersama isteri. Saya kemudian mengundurkan kereta. Tiba-tiba saya dengar orang yang lalu di depan rumah menjerit memberitahu anak saya ada di bawah.

"Saya keluar dari kenderaan, sudah tidak boleh buat apa-apa bila melihat Nuramni Atirah dalam keadaan terduduk di tayar depan sebelah kiri.
"Saya terus bawa dia pergi ke klinik, ketika itu dia masih bernafas tetapi sampai di klinik dia sudah tiada," katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hospital tersebut hari ini.

Che Pauzi, pekerja am di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di sini berkata, kehilangan Nuramni Atirah amat dirasainya kerana dia terpaksa menunggu selama 15 tahun untuk mendapatkan zuriat sendiri selepas dua kali berkahwin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Supritendan Yahya Salleh mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.


p/s: hrtu pun yang kes baby mati tersedak susu anak tunggal juga and both of her parents i think also is ttc sbb umur dah 40-an mcmtu..innalillah hi waiinnalilllahirojiunn

5 comments:

  1. Allah lebih sayang anak itu...

    Tp mmg byk kes camni salu terjadi. tu la, malang tak berbau kan.
    Alfatihah

    ReplyDelete
  2. Besar betul ujian cam ni... tak tau la mampu ke nak tanggung kalo kena atas kita kan? Al Fatihah...

    ReplyDelete
  3. nana selalu doa 'cakap' ngan Allah takpela rezeki nana lambat sikit pon janji semua ok..means kalau boleh jangan la diuji macam ni..huhu innalillah semoga diorang tabah kan..

    ReplyDelete
  4. kekda: byk dah kes mcm ni..sadis sgt
    mira: al-fatihah
    st: tula..semoga bby tu bg syafaat pada ma n pa dia kat syurga
    nana:insyaALLAH nana

    ReplyDelete